BTC USD 48,630.0 Gold USD 1,785.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Katrina paling seksi di India

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
mainpix

Katrina Kaif​

MUMBAI: Selebriti terkenal Bollywood, Katrina Kaif disifatkan mempunyai faktor 'X' apabila dinamakan sebagai pelakon nombor satu perfileman India paling seksi apabila 40 peratus penduduk negara itu memilihnya sebagai aktes pilihan dalam satu tinjauan terbaru.

42 peratus pengundi aktres itu adalah lelaki manakala 39 peratus adalah pengundi wanita, kata majalah Filmfare.

Tahun lalu, Katrina meraih 29 peratus undian sebagai wanita paling seksi tetapi tahun ini beliau kehilangan satu peratus undian walaupun kekal mengungguli kategori sama.

Bagi pelakon lelaki terbaik pula, aktor Shah Rukh Khan dan Aamir Khan nyata setaraf apabila berkongsi tempat dengan masing-masing menerima undian 25 peratus.

Aktor Akshay Kumar yang memiliki bentuk badan sasa dinobatkan sebagai bintang lelaki paling seksi bagi 2009.

Paling menarik, 20 peratus pengundi lelaki memilih beliau sebagai paling seksi berbanding hanya 14 peratus pengundi wanita.

Bagi penduduk Bangalore, mereka lebih memihak kepada Shah Rukh Khan sebagai artis lelaki paling seksi manakala Akshay menjadi pilihan penduduk New Delhi.

Pelakon yang intim dengan aktres Bipasha Basu, John Abraham, dipilih penduduk Lucknow sebagai artis lelaki paling seksi.

Shah Rukh Khan sekali lagi mengungguli kategori pakaian terbaik dengan memperoleh 17 peratus undian manakala aktres Mallika Sherawat seperti tahun lalu kekal di kategori pakaian paling teruk. – Agensi
 
Top
Log in Register