BTC USD 38,864.7 Gold USD 1,876.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kategori ulamak dan siapa layak digelar ulamak

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,248
Reaction score
3,128
Points
201
Nak tambah 1 lgi kelompok dgn istilah yg rare..

"Wali Allah"

Dia x akan ngaku dia wali Allah.

-----

Ulama pun sme jg. Dia tak mengaku dia ulama.

Dgn rendah dirinya sikap mereka, akan menampakkan akhlak yg baik.

Core diorang lebih kpd ilmu tassawuf.

-----

Wali Allah tak takut dengan dunia dan isi dunia.

So klo jumpa yg tak ambil dunia. Itu lah wali Allah. Namun kita akan rse pelik dgn cara mereka.

Ada yang merupakan wali Allah, dia sendiri tak tahu.

Ada yang isteri dia merupakan wali Allah dia cuma tumpang keberkatan isterinya.

-----

Sje aku bawa dlm thread ni, kot boleh kembang lagi.

*segala info diatas adalah atas pemahaman diri sendiri.
 
Sponsored Post

Sniper

Super Moderator
Staff member
Joined
Feb 26, 2006
Messages
6,002
Reaction score
671
Points
116
komen sume best2

terbaikla

hrp dpt kembangkn lg cth mcm @jaws_am nyer komen
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
Dalam Islam ada satu istilah iaitu " Ulama Suu' " yg mana ciri2nya ada dihuraikan oleh Ulama .

Saya mengalukan TT bawak tajuk ni tapi saya harap, kita dapat berbincang dgn lebih hati2 kerana ianya melibatkan satu hal yg sgt penting dlm Islam.

Ingatan tentang ni dah disebut sebut..dan ramai antara kita pasti tau tentang ingatan yg disuarakan oleh Ibn As Sakir ...
" saudara ku, ketahuilah bahawa daging para ulama itu beracun"

Ibn As Sakir mengingatkan kita supaya berhati2 dan menjaga lisan dan perbuatan jangan sampai menghina , memburukkan atau menyakiti perasaan Ulama.

( berdasarkan Al Hujurat ayat 12.." perbuatan menggunjing, cari2 keburukan org lain...memakan daging saudara)..so..daging Ulama lebih beracun!

Perkara ni kebetulan timbul bila saya sembang2 dengan anak2 saya....sebab anak bongsu saya mengadu kata dia rasa takut dan mintak pandangan saya tentang isu Ustaz Zainul Asri yg kena kecam teruk bila bagi komen tentang vaksin dlm youtube.
Komen2 yg begitu jelik ditujukan pada Ustaz.

So..Saya tanya dia ada ke fakta sains yg katanya Ustaz salah tu...betul2 salah? Bukan ke sains ni selalu berubah dan tak wajib pun kita beriman..sedangkan mencaci maki tu..sekurang2nya tengok2 lah org yg dicaci maki tu.
Kalau setiap patah pun disulam2 solawat...kita tengok baik2 diri kita yg berani sgt mencaci ni pulak macamana .

So...anak saya petik kata kata Syekh ibn As Sakir di atas.

Malah abang dia.. anak saya yg doktor tu pun tak berani nak kata apa malah takut dgn komen2 tu..
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,831
Reaction score
839
Points
121
Awesome tuan....
Mmg terbaikkk...
Cuma nak tau, cara tegur secara beradap tu...
Boleh share tak..
Sebab bab yg tu den tak tau, sbb tgk kalo zaman skrg ni...
Org main sembur kat media sosial...
Kuang hajo, tp kdg2 bnde btul...
Cuma cara tegur tu yg salah...

Ustaz den dulu prnah pesan...
Berkata benar la walau pun kebenaran itu pahit....
So, mcm mana nak ye tegur ustaz2, ulamak2 ni kalo ada tersilap..
Kalo tegur dlm majlis ilmu, nk tk sopan sbb mcm nak mnjatuhkan air muka...
Bab ni den blur skit...
Dm je......
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,357
Reaction score
918
Points
121
yg mengaku seseorg itu ulama adalah terletak pada diri kita sendiri..xkiralah pangkat ulama ke ustaz ke tokguru ke..
jadi bila dikatakan pada diri kita..sejauh mana kita menilai seseorg yg menunjukkan jalan agama tu..sebab tu dlm menilai sesuatu tu kenelah adil..utk adil tu perlunya ilmu yg benar..selalu disebut disini..aliran tauhid feqh dan tasauf dia camana..sebab tu duk suruh belajar ilmu tauhid sifat 20 tu..feqh antara salah satu 4 mazhab dan tasauf spt ulama2 dulu spt imam ghazali,syeikh Junaid albagdadi,syeikh abdul qodir aljailani dan ulama muktabar yg sah lagi sahih kiranya ulama2 melayu dulu2 lah..yg kita kenal..dlm buku atau dr org tua kita yg mana setiap negeri ada..sebelum dan selepas jepun tu..
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,357
Reaction score
918
Points
121
jadi..bila dh ada ilmu tu dlm diri..barulah kita boleh kenal ulama yg kita nk ikut..bukan kerana nafsu..tp kerana ilmu benar tu dr aliran tu..yg kita nk ikut..sebb tu dlm keadaan zaman ni..ada ustaz maggie,ada ustaz publisiti..ada ustaz itu ini..sptlah ulama tu..cth ustaz ebit liew..semua org suka sebab dia berdakwah dgn cara dia..yg ustaz tu sebab dia byk membawa org bukan islam menerima agama islam.ustaz tu sebab ilmu feqh dia xboring bila dia mengajar..ustaz tu sebab ilmu hadis dia..tu hal masing2..cuma yg kita tekan kan adalah bab ilmu dia selari tak dr ilmu asas yg diberitahu tu..ilmu tauhid feqh dan tasauf tu..cth spt syarah maulana hussien tu pasal hadis tu..dia selari dgn 3 ilmu tadi..tu yg kita terima..kalau ustaz uai tu..dia selari..walaupun ada beberapa bab kecil yg xsependapat..dlm bab feqh..satu atau dua hal je..dan byk jugak yg kita amik ilmu yg diambil dr dia..yg kita dpt utk ingat dan perkemaskan. so,bila kita tahu..ilmu mereka tu byk diterima..kenelah kita beradab..nk kene cerita pulak bab adab..panjang pulak lah..tu korg research la sendiri..pastu nk bincang hal bab adab tu lainnkali lah..kerana adab ni pun bermacam2 bab.
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,357
Reaction score
918
Points
121
so,apa yg nk bgtau disini..agar mudah nk faham..yg sealiran 3 ilmu asas tu je patut kita ikuti..tu je.
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,357
Reaction score
918
Points
121
jadi,bab adab ni..selagi tidak berkait pada ilmu agama..kita jgn cepat melatah.kerana adab..cth..andaikata tetiba viral gambar seorg ustaz yg benar aliran agamanya pakai seluar pendek atas lutut..kita dh melatah..padahal..dlm rumah dia..tp sebab org nk burukkan dia,kata..apa la ustaz pakai seluar pendek..tak tahu hukum ke?..kita pun dh terasuk.. kita xadil dlm penilaian..tu yg rosak kita..tgk kisah saidatina aisyah r.ha difitnah..amik teladan..
 

sayid34

Fun Poster
Joined
Jul 17, 2008
Messages
193
Reaction score
21
Points
25
Ulama pewaris nabi itu seumpama salinan potostat yang ada certified true copy dari dokumen asal. Lama lama dibuat salinan makin lama makin pudar tetapi selagi ada certified true copy dari pihak yang benar(contoh guru mursyid) masih diterima sebagai pewaris nabi. Salinan yang tak ada certified tu tak laku walaupun terang dan sama dengan yang ori
 

sayid34

Fun Poster
Joined
Jul 17, 2008
Messages
193
Reaction score
21
Points
25
SILSILAH PERINGKAT & TAHAP ULAMA'
Dalam silsilah peringkat dan tahap ulama ini ada beberapa tahap yang perlu kita ketahui :
1- NABI.
2- ULAMA' MUJTAHID MUTLAK di kalangan Sahabat Nabi SAW seperti Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Muadz bin Jabal,Saidatina Aisyah radhiallahu anha anhuma, Ibn Umar radhiallahu anhum.
3- ULAMA' MUJTAHID MUTLAK DI KALANGAN TABI'IN (murid kepada para Sahabat Nabi SAW) seperti Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) dan Imam Malik bin Anas rahimahullahu ta'ala (pengasas Mazhab Maliki).
4- ULAMA' MUJTAHID MUTLAK DI KALANGAN TABI' TABI'IN (murid kepada para Tabi'in) seperti Imam Syafi'e (pengasas Mazhab Syafi'e) dan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullahu ta'ala (pengasas Mazhab Hanbali).
5- ULAMA' MUJTAHID FIL MAZHAB seperti Imam Nawawi dan Imam Rofie rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Syafi'e, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Hanafi.
6- ULAMA' MUJTAHID FIL MASAIL seperti Imam Tohawi,Imam Zufar rahimahullahu ta'ala.
7- ULAMA' ASHABUT TAKHRIJ seperti Imam Quduri rahimahullahu ta'ala bagi Mazhab Hanafi.
8- ULAMA' ASHABUT TARJIH seperti Imam Ibnu Hajar Haitami, Imam Khatib Syarbini rahimahullahu ta'ala dan ramai lagi Imam-Imam Tarjih bagi Mazhab Syafie dan Imam Sohibul Kanz, Musannif Bahru Roiq rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Hanafi.
9- ULAMA' ASHABUT TAMIZ seperti Musannif Hidayah bagi Mazhab Hanafi, Imam Zainuddin Malibari rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Syafie dan ramai lagi.
10- MUFTI seperti Syeikh Ali Jumuah(Mufti Mesir),Almarhum Syeikh Said Ramadhan Al-Butti(Mufti Syria), Maulana Asyraf Ali Thanwi(Mufti India), Mufti Taqi Usmani(Mufti Pakistan), Maulana Zakariyya(Pengarang Kitab Fadhilat Amal), Habib Umar(Darul Mustofa), Mufti Mahmudul Hassan Ganggohi(Mufti India), Mufti Maulana Hazeem dan Mufti Maulana Abd Hamid Chin (kedua-duanya guru di Madrasah Sri Petaling), Mufti Radhaul Haq(bekas Mufti Pakistan dan kini menjawat jawatan Ketua Mufti Afrika Selatan dan juga merupakan guru hadis),Syeikh Nuruddin Al-Banjari dan ramai lagi.
11- MAULANA seperti Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Don,Ustaz Kazim Elias dan ramai lagi.
12- PENUNTUT ILMU.
13- ORANG AWAM seperti cikgu geografi,pemandu kapal terbang, doktor perubatan, tukang membaiki jam,tukang kebun,tukang cuci jamban dan sebagainya.
.
Hanya MUJTAHID MUTLAK SAHAJA yang layak menyatakan "Pada pendapat saya..." berkenaan Al-Quran dan Hadis.
ULAMA'-ULAMA' MUJTAHID yang lain di bawahnya pula layak berkata "Pada pendapat saya..." kepada Al-Quran dan Hadis berdasarkan usul-usul yang telah diberikan ULAMA' MUJTAHID MUTLAK yang mereka pilih.
ULAMA' ASHAB pula layak berkata "Pada pendapat saya..." dalam memilih mana-mana pendapat sebelumnya yang dikajinya mempunyai dalil paling kuat dan paling sesuai dengan Maslahat Ummat dan dirajihkannya(dimenangkan) untuk menjadi Qaul Muktamad/Fatwa terakhir dalam sesuatu mazhab.
Sampai tahap ulama' paling rendah dikalangan ulama' besar iaitu ulama' bertahap MUFTI. Kerjanya ialah buka kitab, mengkaji dan mencari keputusan hukum yang telah dibincangkan oleh semua kumpulan ulama besar di atasnya yang dinamakan sebagai Qaul Mufta Bih(Pendapat yang dijadikan fatwa muktamad dalam sesuatu mazhab).
Jadi,MUFTI tidak layak berkata "Pada pendapat saya..." dalam apa jua masalah. Lebih-lebih lagi Al-Quran dan Hadis, sebab semua pendapat telah dibincangkan dan telah ada kata putus dari ulama' sebelumnya sejak zaman berzaman.
MUFTI hanya perlu tinggal jadi 'Posmen' atau 'Speaker' untuk
menyampaikan apakah keputusan-keputusan para ulama' terdahulu,dan juga berbincang dengan ilmu-ilmu Usul Ifta(Ilmu keluarkan fatwa) untuk masalah-masalah baru/moden yang belum pernah wujud sebelumnya seperti hukum merokok, hukum talak SMS dan lain-lain.
Bawah pada MUFTI barulah MAULANA, iaitu ulama' yang telah menguasai 15 Cabang Ilmu(Nahu, Sorof,Balaghah, Mantik,Bayan, Maani, Usul Fiqh, Aqaid,Isytiqag, Badi', Qiraat, Sababun Nuzul, Nasikh Mansukh,Figh, Hadis) untuk memahami sesebuah kitab dan juga telah khatam Kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang utama dalam Islam secara bersanad dari Syeikhul Hadis yang muktabar dan juga menguasai Ikhtilaf 4 Mazhab.
Bawah daripada MAULANA ialah PENUNTUT ILMU iaitu 'Pelajar Agama Sepenuh Masa', di bawah pengawasan ulama' muktabar yang sedang mempelajari 15 Cabang Ilmu tadi, Ikhtilaf 4 Mazhab dan belum khatam atau diberi ljazah Sanad Kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang sahih yang paling utama.
Bawah daripada itu ialah ORANG-ORANG AWAM yg LANGSUNG TIDAK LAYAK untuk memberi komen/pendapat tentang HUKUM-HAKAM AGAMA bahkan HARAM bagi mereka untuk memberi pendapat dalam mana-mana hukum agama.
Yang halal dan di bolehkan bagi mereka hanyalah BerTaqlid (Mengikut) kepada para ulama', dengar dan amalkan apa yang ulama' sampaikan dan mereka boleh/diharuskan untuk sampaikan ilmu itu kepada orang lain dengan syarat ia diyakini sahih datang dari lidah para ulama muktabar.
Contohnya jika Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Don cakap arak itu haram. Maka orang awam boleh untuk beritahu pada orang lain bahawa arak itu haram.
Yang haram/dilarang ialah orang awam menyatakan "Pendapat Sendiri". Contohnya bila orang tanya apa hukum pakai purdah?. Golongan jahil murokkab menjawab,"Pada pendapat saya, hukumnya tidak wajib sebab ianya cuma adat orang arab sahaja"...
Memberi jawapan seperti ini hukumnya HARAM dan dia
bertanggungjawab di Padang Mahsyar nanti atas jawapan tidak bertauliah itu.Bahkan dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan orang seperti itu SESAT dan menyesatkan orang lain.
Dan daripada 10 golongan tadi, terpecahlah kepada 4 golongan
manusia iaitu :
1. MUQALLID : laitu pengikut ulama' tanpa belajar dalil-dalil ulama' itu kerana dia yakin ulama' itu ada dalil yang dapat dipercayai. (Untuk Orang Awam dan Penuntut Ilmu. Tahap ke-12 dan 13)
2. MUTTABI: laitu pengikut ulama' beserta dalil agar menjadi pembela kepada mazhab ulama'nya itu dan juga untuk mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan golongan sesat. (Untuk semua Ulama' Ashab, Mufti dan Maulana. Tahap 7, 8, 9, 10,11)
3. MUJTAHID : Iaitu Ulama'(berkelayakan) yg bertanggungjawab untuk keluarkan hukum dan kelayakan yang paling terendah ialah menghafaz 300 ribu hadis Nabi SAW beserta sanad sampai kepada Rasulullah SAW tanpa silap sepatah pun. Jadi,amat mustahil ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid Mutlak telah tamat pada zaman Mutaqaddimin. (Untuk Ulama' Mujtahid tahap 2,3,4,5,6)
4. NABI : Iaitu manusia terpilih yang mendapat ilmu terus dari Allah SWT atau perantaraan Malaikat Jibril. Nabi tidak lagi wujud pada zaman ini hingga kiamat kerana Nabi Muhammad SAW ialah Nabi yang terakhir.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register