BTC USD 96,894.0 Gold USD 2,935.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser Perut

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
451,810
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
451,810
Reaction score
36,869
Points
2,836
Awards
2

Kate Middleton sahkan hidap kanser​


23 MAR 2024

2586839.jpg

Kate dalam video yang dikeluarkan pada 22 Mac lalu mengumumkan beliau sedang menjalani kemoterapi pencegahan susulan penemuan kanser. Foto BBC Studios/REUTERS


PRINCESS of Wales, Kate Middleton mengesahkan sedang menjalani kemoterapi pencegahan susulan keputusan ujian yang diambil selepas menjalani pembedahan perut mendedahkan terdapat kehadiran kanser.

Kate, isteri pewaris takhta Putera William berusia 42 tahun, menyifatkan penemuan kanser itu sebagai 'satu kejutan besar'.

Berita itu merupakan satu ujian kesihatan terbaharu kepada keluarga diraja Britain itu selepas Raja Charles III juga dikhabarkan sedang menjalani rawatan untuk kanser.

Kate menghabiskan dua minggu di hospital pada Januari selepas menjalani pembedahan di perut.

Bagaimanapun, Kate berkata, ujian berikutnya telah menunjukkan penemuan kanser.

Jelas Kate, beliau kini berada dalam peringkat awal kursus kemoterapi pencegahan mengikut nasihat pasukan perubatan.

Menjelaskan lebih lanjut, Kate berkata, beliau dan William telah melakukan segala yang mampu untuk memproses dan menguruskan perkara itu secara peribadi demi keluarga muda mereka.

Dalam masa sama, Kate menjelaskan beliau dan William mahukan privasi mengenai kanser sehingga anak-anak mereka, Putera George, 10 tahun, Puteri Charlotte, 8 tahun, dan Putera Louis, 5 tahun, memulakan cuti sekolah pada Jumaat.

Katanya, apa yang penting adalah untuk menjelaskan segala-galanya kepada anak-anak mereka dan meyakinkan bahawa beliau dalam keadaan baik.

Kate tidak pernah muncul di acara awam sejak beliau menyertai ahli keluarga diraja yang lain di gereja pada Hari Krismas tahun lalu.

Bagaimanapun, video yang dirakam pada Sabtu lalu oleh orang awam yang diterbitkan oleh akhbar Sun menunjukkan Kate kelihatan sihat, berjalan dan membawa beg membeli-belah bersama suaminya di sebuah kedai ladang di Windsor, berhampiran rumah mereka.

Kate dalam pada itu memohon orang awam untuk memahami dan memberikan masa, ruang dan privasi untuknya menyelesaikan rawatan.

Tambahnya, fokus beliau kini adalah untuk memulihkan kesihatannya.

Kate adalah rakyat biasa pertama yang berkahwin dengan seorang putera raja yang berdekatan dengan takhta dalam tempoh lebih 350 tahun.

Beliau berkahwin dengan William pada 2011 dan sejak itu telah menjadi salah seorang kerabat diraja paling popular. – Awani
 
Sponsored Post

Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser​


23 MAR 2024

2586842.jpg

Raja Charles ketika menyampaikan perutusan Komanwel dari Istana Windsor, di Windsor, Britain, pada Februari, dalam foto yang dikeluarkan pada 11 Mac 2024. Foto Royal Household/REUTERS


RAJA Britain Charles III berbangga dengan Kate Middleton, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya.

Istana Buckingham pada Jumaat berkata, kanser telah dikesan selepas pembedahan perut Kate pada Januari lalu.

Dalam kenyataan itu, Charles dikhabarkan sangat bangga dengan Kate kerana keberaniannya membuat pengakuan mengenai kanser yang dihidapinya.

Beliau juga berkata, akan kekal meneruskan hubungan paling rapat dengan menantunya itu.

Charles dan isterinya Camilla “akan terus memberikan kasih sayang dan sokongan mereka kepada seisi keluarga dalam mengharungi detik-detik yang sukar ini.” – Awani
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register