Katakanlah kita ni..

CG Sponsors




private_eye217

Active+ Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
2,724
Reaction score
47
Points
30
Situasi 1

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi.
Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani
salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.
Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir,
ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?
Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan
duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit.
Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.


Situasi 2

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan
Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki
bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.
Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya
berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan
kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je,
tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu.
Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan saya," kata lelaki itu.
"Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia
sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini."
Kemudian dia sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan."

Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu
hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.
Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!

Bagaimana dengan anda?

Wallahualam.
 
Sponsored Post

zaidictc

Fun Poster
Joined
Jun 30, 2008
Messages
341
Reaction score
2
Points
15
wow...kisah ni sungguh mendalam maknanya..apa yg tt cakap tu betul..kita hanya memandang luaran sahaja...Masya Allah
 

marlen

Legendary Member
Joined
May 27, 2008
Messages
16,925
Reaction score
31
Points
125
mmg skrg org sk judge a book by its cover..

realiti idup..
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
Situasi 1

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi.
Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani
salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.
Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir,
ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?
Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan
duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit.
Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.


Situasi 2

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan
Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki
bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.
Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya
berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan
kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je,
tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu.
Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan saya," kata lelaki itu.
"Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia
sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini."
Kemudian dia sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan."

Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu
hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.
Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!

Bagaimana dengan anda?

Wallahualam.
situasi 1

aku amik kes kampung hilir, ini kalau aku polis la kan... sebab kes RM20,000. Kalau aku nak pau pencuri tu duit supaya jangan sampai kena sabit, lebih kukuh ceritanya. ini kalau aku polis. tapi aku bukan polis.
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
situasi berbeza pada keadaan yang berbeza dari jangkaan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register