BTC USD 58,526.8 Gold USD 2,583.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kata-kata manis PM tidak cukup - Bersih

Antara Tuntutan Perhimpunan Reformasi 100 peratus anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selari dengan pendirian MCA berhubung tadbir urus baik dan pembaharuan institusi.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, susulan himpunan tersebut, diharapkan kerajaan dapat memenuhi komitmennya kepada pembaharuan institusi, khususnya berkaitan cadangan-cadangan yang pernah dibangkitkan MCA sebelum ini.

"Ia termasuk menjamin kebebasan Jabatan Peguam Negara (AGC), pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Parlimen, pelantikan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun negara, serta penggubalan Akta Dana Politik, Akta Kebebasan Maklumat dan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Pembaharuan institusi juga penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan seperti AGC, SPRM, mahkamah dan sebagainya, dengan memberi jaminan bahawa tiada campur tangan politik, dan mana-mana keputusan yang diambil telah dibuat secara bebas, adil dan profesional,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
 
Sponsored Post

IMG_20240525_233207.jpg

 
walaun da bersedia nak berdemo??.. haha 🤣🤣🤣🤣 paatikan berbaloi la ..takut Pn jadi kerajaan.. anak beranak yg dpt projek. walaun melopong myk masak 50inggit sebtl
Sejak dari dulu lg semua dah tahu Bersih pro-PH. Takkanlah baru skang Bersih baru sedar selama ni kena kencing. Tetiba lak nak kaitkan dgn walaun lak 😂
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register