BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kat masjid pun nak mencuri ke?

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
WhatsApp_Image_2018-09-23_at_4.44.37_PM_1537696979.jpg

SUSPEK mencuri motosikal siak di Masjid Sungai Seluang, Lunas, di Kulim, pagi tadi. - Ihsan PDRM







KULIM: Niat suci seorang siak mengerjakan solat sunat sebelum masuk waktu Subuh bertukar duka apabila motosikalnya dicuri seorang lelaki di Masjid Sungai Seluang, Lunas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 54 tahun datang ke masjid dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5 sebelum waktu bagi menunaikan solat sunat dan membuat persiapan mengerjakan solat Subuh.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata bagaimanapun tidak lama kemudian mangsa mendengar bunyi bising di luar masjid dan keluar untuk melakukan pemeriksaan.

Katanya, mangsa terkejut melihat seorang lelaki cuba mencuri motosikalnya.

Menurutnya, dia cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal apabila suspek bertindak membawa lari motosikal selepas dapat menghidupkan enjinnya.

“Siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek berkemungkinan bukan berasal dari kawasan Lunas.

“Usaha mengesan suspek kini sedang dilakukan anggota di Balai Polis Lunas yang diketuai Inspektor Zulkipli A Rahim,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Nasir berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/477205/kat-masjid-pun-nak-mencuri-ke#cxrecs_s







.
 
Standard ar tu..pengetua tahfiz pun meliwat pekajar siap ajak pelajar onani beramai ramai lagi..
 
MOTOR HILANG DIMASJID ADALAH PERKARA BIASA ..

BARU BARU INI ADA SEORANG JEMAAH MASJID DI KAMPUNG SAYA JUGA ALAMI BENDA SAMA

SAYA JUGA PERNAH HILANG POWER BANK YANG SAYA LETAK DALAM RATA MOTOR ...DIPERKARANGAN MASJID ...LEPAS SOLAT TENGOK TENGOK LEBUH ...


44812756822_515bfea4b7_m.jpg
 
MOTOR HILANG DIMASJID ADALAH PERKARA BIASA ..

BARU BARU INI ADA SEORANG JEMAAH MASJID DI KAMPUNG SAYA JUGA ALAMI BENDA SAMA

SAYA JUGA PERNAH HILANG POWER BANK YANG SAYA LETAK DALAM RATA MOTOR ...DIPERKARANGAN MASJID ...LEPAS SOLAT TENGOK TENGOK LEBUH ...


44812756822_515bfea4b7_m.jpg

Dlu kwn saya prnh tnya pakcik yg hlg mto. Katakan pakcik ada duit 5k, msti jga elok2 kan ltk dlm poket. Tp bila beli mtr je trs letak mcm tu je xde jaga btl2. Haha
 
dah banyak kes mencuri kat masjid.. curi duit tabung, curi kipas, speaker dan lain2 alat letrik..
 
Tak de padlock,jenis solex baik sikit,anak kunci tak boleh cabut kalau tak complete locked...
 
tempat bukanlah sesuatu subjek yang diambil kira oleh pencuri.. dimana ada kelalaian disitu ada pencuri
 
Kapcai ni kasi padlock kat rantai/sprocket belakang...tak bergerak la motor bila dia tolak...
 
Dah nama pun pencuri. Kalau boleh diangkut masjid tu, byk masjid dah hilang dr tempat asalnya.
 
Back
Top
Log in Register