BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kasut beri Fatin kepuasan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
su_071-3.jpg


KASUT yang selesa pasti akan menjadi pilihan setiap individu yang dahagakan kepuasan apabila berbelanja.

Seandainya anda tidak selesa dengan kasut yang dipakai sudah tentu ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kaki, sekali gus mampu mengundang kecederaan ringan.

Atas sebab inginkan keselesaan itu juga menyebabkan atlet memanah Fatin Nurfatehah Mat Salleh sentiasa memastikan kasut yang dibeli perlu selesa, tahan lasak serta menarik.

Bermula dengan keinginan itu, minat Fatin untuk mengumpul kasut mula timbul, terutama jenis yang boleh digunakan ketika bersukan atau beriadah.

Fatin berkata, minat mengumpul kasut lahir ketika masih di bangku sekolah dan ketika itu kebanyakan kasut dibeli oleh ayahnya.

Kini apabila mencapai usia remaja, Fatin lebih bebas untuk menggandakan lagi koleksi kasut mengikut cita rasanya yang mengutamakan keselesaan ketika melakukan pergerakan.

"Saya tak berapa kisah dengan jenama kasut yang ingin dibeli asalkan kasut itu selesa dan menarik untuk dipakai.

"Ini adalah aktiviti saya jika mempunyai masa lapang, tambahan pula apabila ada kesempatan beriadah ke pusat membeli belah bersama rakan-rakan.

"Kebiasaannya dalam sebulan saya akan membeli sekurang-kurangnya sepasang dan kadang-kala lebih namun itu semua bergantung kepada masa lapang yang saya ada," kata Fatin.

Ketika ini Fatin memberitahu koleksi kasutnya telah melebihi 20 pasang dan bilangan tersebut sentiasa bertambah setiap tahun.

Ditanya antara kasut yang menjadi pilihannya, Fatin menjawab: "Jenis flywire daripada jenama Nike adalah yang paling saya suka kerana tapaknya sungguh selesa.

"Selain itu kasut tersebut turut mempunyai campuran warna menarik sekali gus mampu memberi keyakinan kepada saya ketika memakainya.

"Malah saya juga mempunyai sepasang kasut jenis itu yang berwarna kuning dan apabila mampu memilikinya ia bagaikan satu kepuasan buat saya," jelas Fatin.

Atlet kelahiran Sabah itu kini sedang giat menjalani latihan persediaan untuk menghadapi Sukan SEA di Indonesia pada November depan.

Fatin yang baru berusia 20 tahun turut menanam impian untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2020 selain bercita-cita menjadi atlet bertaraf dunia yang digeruni.
 
Back
Top
Log in Register