Kastam gempur makmal mini proses dadah, suami isteri ditahan

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,198
Reaction score
1,590
Points
206
DADAH-1.jpg

AGENDANASIONAL
Mei 22, 2020 3:02 pm

NILAI, 22 MEI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam menggempur sebuah pangsapuri di Hulu Kelang, yang dijadikan sebagai makmal mini pemprosesan dadah.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, dalam serbuan pada pukul 1.10 tengah hari oleh sepasukan anggota JKDM, pihaknya turut menahan sepasang suami isteri warga tempatan, yang kedua-duanya berumur 32 tahun.

“Dalam serbuan itu, kita turut menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, disyaki anak kepada pasangan terbabit.
“Kita turut merampas sebuah kotak yang mengandungi lebih kurang 500 biji pil ekstacy mengandungi dadah MDMA, dengan berat kasar 300 gram, tumbuhan hidup disyaki pokok ganja setinggi lebih kurang dua meter dan ketulan mampat disyaki ganja dengan berat kasar lima gram dan serbuk kristal disyaki methamphetamine seberat tiga gram,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif methamphetamine dan telah direman selama enam hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut, manakala perihal anak suspek akan ditentukan oleh mahkamah.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM20,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana kesalahan mengedar dadah, Seksyen 6B ADB bagi kesalahan menanam pokok ganja dan Seksyen 15(1)(a) ADB bagi kesalahan memasukkan dadah dalam badan,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan Abdul Latif berkata, pihaknya berjaya merampas sebuah bungkusan di sebuah premis syarikat penghantaran (kurier) di Seri Kembangan, Selangor, yang mengandungi dadah.

“Parcel berkenaan diikrarkan sebagai alat tulis dan dialamatkan ke New Zealand. Hasil pemeriksaan ke atas parcel berkenaan menjumpai balutan plastik lutsinar yang mengandungi serbuk kristal putih disyaki methamphetamine yang disorokkan di dalam marker pen pelbagai warna.

“Berat kasar keseluruhan adalah 600 gram dan nilai rampasan dianggarkan RM24,000 dan tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kita sedang mengesan pengirim dan bagi individu yang menerima kiriman itu di sana, kita akan berkerjasama dengan penguatkuasa di negara berkenaan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam agar terus memberikan kerjasama kepada JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan lain-lain seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam terdekat.

– BERNAMA
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
saya baru terbaca topik ni bila nak cari pasal KASTAM, apa kena mengena kastam dengan dadah? .. adakah dadah tersebut tidak dibayar cukai ? :rolleyes:

kalau dah bayar cukai lepas tak ? :D
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,397
Reaction score
708
Points
121
sama,aku pelik apsal kastam pulak buat rush pasal dadah...

patutnya polis unit narkotik yg g serbu...

kastam kalau dadah tu dibawa masuk dari luar negara/ waktu transport ye la bawah bidang kastam
 

horras

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Sep 13, 2009
Messages
5,449
Reaction score
6
Points
65
kastam bukan cukai sahaja. kastam ada cawangan narkotik.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
kastam bukan cukai sahaja. kastam ada cawangan narkotik.
TQ for info .. yang kat N9 tu ya? atau seluruh Malaysia ada cawangan narkotik? .. dan mereka ada kuasa serbu mana2 premis seperti Polis / AADK? :unsure:
 

horras

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Sep 13, 2009
Messages
5,449
Reaction score
6
Points
65
TQ for info .. yang kat N9 tu ya? atau seluruh Malaysia ada cawangan narkotik? .. dan mereka ada kuasa serbu mana2 premis seperti Polis / AADK? :unsure:
Ada seluruh malaysia... setiap negeri ada... yup... ada kuasa serbu juga... tapi kastam ni serbu lebih kepada import/eksport dadah...
 

horras

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Sep 13, 2009
Messages
5,449
Reaction score
6
Points
65
erk... tak bertindih ke tuan tugasan diorang dgn cawangan narkotik pdrm?
Tak bertindih sbb mel kurier kargo pdrm xd situ... yang ada kastam untuk sekat import or eksport dadah..
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,016
Reaction score
912
Points
121
saya baru terbaca topik ni bila nak cari pasal KASTAM, apa kena mengena kastam dengan dadah? .. adakah dadah tersebut tidak dibayar cukai ? :rolleyes:

kalau dah bayar cukai lepas tak ? :D
Kastam ada unit narkotik dia sendiri mcm pdrm jgk, ada kuasa yg sama.....boleh tangkap boleh dakwa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register