BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaspersky Lab lancar antivirus percuma

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
image.jpg


SYARIKAT keselamatan siber Rusia Kaspersky Lab hari ini melancarkan perisian antivirus secara percuma, 'Kaspersky Free' sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20, lapor agensi berita Xinhua.

"Kami percaya setiap orang berhak merasa bebas daripada ketakutan terhadap ancaman keselamatan siber," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky Lab Eugene Kaspersky dalam laman web syarikat berkenaan.

Pengasas syarikat itu mengumumkan pelancaran perisian antivirus percuma menerusi catatannya dalam laman blog.

Jelasnya, syarikat itu mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk menghasilkan versi percuma perisian antivirus yang dijangka dapat dimuat turun di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan akan datang.

Setakat ini, Kaspersky Free boleh didapati di Amerika Syarikat, Kanada, dan beberapa negara Asia Pasifik, rantau Rusia-Ukraine-Belarus, China dan juga di negara-negara Nordik.

Sementara itu, menurut laman web syarikat, perisian percuma itu akan 'memberi kesan positif kepada kualiti perlindungan pengguna'.

Laman web itu berkata setakat ini terdapat lebih 400 juta pengguna dilindungi teknologi mereka dan syarikat itu juga memberi khidmat perlindungan kepada 270,000 pelanggan korporat. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kaspersky-lab-lancar-antivirus-percuma-1.708974
 
dah lebih 5 tahun guna kis,kav dan skrg password manager. support yg bagus dan x byk masalah
 
Akhirnya..guna Kaspesky sejak zaman dok asrama 2006. dah 11tahun dah.
mmg terbaik Kaspersky. bila ada virus baru, Kaspersky antara nt virus yg cepat buat detection

kaspersky.com/free-antivirus
 
Akhirnya..guna Kaspesky sejak zaman dok asrama 2006. dah 11tahun dah.
mmg terbaik Kaspersky. bila ada virus baru, Kaspersky antara nt virus yg cepat buat detection

kaspersky.com/free-antivirus

windows kan dah ada antivirus..xcukup ker?..
 
lorr beberapa bulan lg lambat la plak
 
Back
Top
Log in Register