Kasih Yellow Kepada Pak Mat, Kisah Seekor Lembu

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,526
Reaction score
2,034
Points
176
15.10.2019 - Terengganu, Ikatan terjalin antara ternakan ini bukan biasa, sebaliknya Yellow dan Pak Mat sudah bersama sejak setahun lalu.

Yellow adalah lembu betina baka Charolias berusia lima bulan manakala, Pak Mat lembu jantan lapan bulan yang sudah matang dan sedia untuk dikorbankan.

Keakraban kedua-duanya sangat menyentuh hati apatah lagi, Yellow kehilangan ibu sejak usia dua minggu dan menumpang kasih Pak Mat sebagai induk yang sentiasa bersama.

Bagaimanapun, Yellow dan Pak Mat terpaksa berpisah baru-baru ini yang menyebabkan Yellow kecewa serta mengejar lori membawa Pak Mat sejauh satu kilometer dari Ladang Felcra Bukit Kepah, Kuala Berang, Terengganu.

Video insiden itu dimuat naik penternak haiwan berkenaan, Muhamad Faizul Azimi Mamat, 27, di Facebook miliknya dan menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengagumi keakraban makhluk ciptaan Allah SWT.

Menurut Muhamad Faizul Azimi, dia sempat merakam aksi Yellow yang mengejar lori membawa Pak Mat sehingga kenderaan itu berada di jalan utama dan hilang daripada pandangan.

“Paling menyentuh hati apabila Yellow seperti cuba menghalang lori berkenaan tetapi pemandu lori membelok ke kanan yang menyebabkan Yellow terus mengejar.

“Saya sempat merakam aksi itu kerana kebetulan mengekori lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ceritanya, ketika Yellow berusia dua minggu, ia kehilangan ibunya dan Pak Mat yang ketika itu berusia lima minggu menjadi pengganti yang setia bersama selama setahun.

“Ibu Yellow terpaksa disembelih kerana patah kaki dan Pak Mat peneman Yellow sejak itu. Saya akui memang kedua-duanya rapat.

“Yellow tidak senang hati apabila Pak Mat tiada dan tidak berhenti memanggil Pak Mat. Disebabkan kasihan melihatnya, saya kemudian mencari lembu lain untuk menjadi kawan baharu Yellow,” katanya.

Muhamad Faizul Azimi mengakui itulah pengalaman pertamanya melihat eratnya hubungan sesama haiwan yang sukar berpisah, sejak mempelopori penternakan 12 tahun lalu.

Graduan Sarjana Muda Reka Bentuk, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu menternak pelbagai baka lembu dan minatnya dalam dunia penternakan diwarisi daripada bapanya.

Dalam pada itu, video berdurasi 1.19 saat yang dimuat naik Muhamad Faizul Azimi ditonton 388,812 orang dan mendapat ulasan hampir 500 warga maya sehingga 7 malam ini.

Antara komen ditinggalkan penonton video itu: “Allahuakbar.. erti kasih sayang dan persahabatan makhluk ciptaan Allah.

“Memang sedih. Menitik air mata aku. Dengar suara dia, lepas tu lembu yang ikut itu halang jalan. Tapi lori pergi ke arah lain. Sebab mudah sayang haiwan la aku elak daripada bela haiwan boleh dimakan. Kalau beli, siap dah sembelih tak apa.”


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/507315/kasih-yellow-kepada-pak-mat-metrotv
 
Top
Log in Register