BTC USD 42,469.1 Gold USD 1,752.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kasi Up Lagi! Nana Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta, Mohon Maaf Di Media

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,491
Reaction score
406
Points
91
Kasi Up Lagi! Nana Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta, Mohon Maaf Di Media

Kemelut antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.

140552dth7247lzcflchhi.png

Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

"Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin)," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

140552cbbazonhangbeoq7.jpg

Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang

"Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

*mStar
 

CG Sponsors




Top
Log in Register