Kartel tukar daging haram jadi halal

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Saman Sang Kelembai RM150 juta
BERNAMA | | 01 Februari 2021
Selasa | 02 Februari 2021
958687.jpg

Laporan Sinar Harian pada 10 Januari 2021.
KUALA LUMPUR - Pengasas syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd memfailkan saman menuntut ganti rugi RM150 juta terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Zaharin Mohd Yasin juga dikenali sebagai Sang Kelembai yang didakwa menerbitkan kenyataan memfitnah membabitkan isu kartel daging import tidak halal.
Rahman Sheikh Abdullah, 45, dan isterinya, Raihanah Kasim, 43, yang juga Pengarah Raihanah Cold Storage serta syarikat itu selaku plaintif pertama hingga ketiga memfailkan saman menerusi Tetuan JS Pillay & Mohd Haaziq di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Januari lepas dengan menamakan Abd Zarin Mohd Yasin, 69, sebagai defendan tunggal.
Peguam, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah, ketika dihubungi pemberita berkata, tarikh 26 Februari ditetapkan sebagai pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli.
Penyataan tuntutan plaintif mendakwa defendan telah membuat, menyiarkan dan menerbitkan satu kenyataan fitnah dalam akaun Facebook miliknya sekitar Disember 2020 yang mengandungi foto plaintif pertama (Rahman), dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai butiran syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan plaintif kedua (Raihanah).
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud mereka mengedar atau menjual daging atau daging lembu tidak halal selain mendakwa syarikat tersebut mengamalkan taktik perniagaan berniat jahat dengan menukar bungkusan daging yang tidak halal dan membungkusnya semula sebagai daging halal untuk penjualan atau pengedaran.
Selain itu, ketiga-tiga plaintif mendakwa mereka tidak pernah terbabit dalam membawa, mengimport atau menyeludup daging atau daging lembu tidak halal ke Malaysia dan tidak pernah membungkus semula daging atau daging lembu tidak halal sebagai daging halal.
Mereka juga menafikan terbabit dalam amalan rasuah dengan Jabatan Kastam atau sebarang pihak berkuasa semasa berurusan dalam pengedaran atau penjualan daging halal.
Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu dibuat tanpa sebarang asas, berniat jahat dan mencemarkan reputasi mereka selain mendakwa defendan membuat kenyataan secara melulu tanpa mendapatkan penjelasan daripada mereka.
Oleh itu, ketiga-tiga plaintif masing-masing menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta daripada defendan dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan daripada mengulangi, menerbitkan atau menyiarkan sebarang kenyataan fitnah dalam media sosial, forum atau akhbar.
Mereka turut memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,028
Reaction score
2,609
Points
201
Jakim keluar senarai penuh pengimport daging berlesen dengan sijil halal
Dikemas kini 55 minit yang lalu · Diterbitkan pada 2 Feb 2021 11:43AM · 0 Komen


Masyarakat Islam tidak perlu ragu dengan pengimport yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia. – Gambar AFP, 2 Februari, 2021.
SENARAI penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) boleh didapati di portal Halal www.halal.gov.my atau aplikasi SmartHalal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata masyarakat Islam tidak perlu ragu dengan pengimport yang mempunyai sijil itu.

Ada yang boleh up 318 pengimport daging berlesen ?

Aku cari x jumpa. Pkai hp, susah nk google.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
EtLtQMyU0AMN5Q8.jpg


Alhamdulillah, rundingan meja bulat anjuran @MyJAKIM bersama pengimport & pengedar daging & produk daging pada 11 Januari lalu membuahkan banyak natijah yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia. Turut hadir KPDNHEP, DVS, MAQIS dan JKDM serta pemegang taruh dalam industri ini

 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,649
Reaction score
758
Points
121
View attachment 336437

Alhamdulillah, rundingan meja bulat anjuran @MyJAKIM bersama pengimport & pengedar daging & produk daging pada 11 Januari lalu membuahkan banyak natijah yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia. Turut hadir KPDNHEP, DVS, MAQIS dan JKDM serta pemegang taruh dalam industri ini

Sistem bagus tapi pelaksana macam haram ujung2 perkara sama berulang lagi.

Kes ni kene dijadikan contoh. Pancung je yang buat salah supaya jadi iktibar masa depan.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,028
Reaction score
2,609
Points
201
Sistem on paper mmg gini..
Bila bayar.. Semua lulus..

Buat masa skrng strict skit..
Kedepan nnt dh leh baca..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Sistem on paper mmg gini..
Bila bayar.. Semua lulus..

Buat masa skrng strict skit..
Kedepan nnt dh leh baca..
sop bagai nak rak.... mcm2 jabatan... kartel cuma perlu bayar je ... hahah

lepas tu semua jabatan tuding jari.. palawuto
 

Adelheid

Freshie
Joined
Oct 7, 2013
Messages
9
Reaction score
2
Points
8
Sy jarang nk komen. Tp isu ni sy rasa isu byk kepada 1)kesalahan logo halal palsu
2)campur aduk daging halal dan tidak halal dlm satu kontena

Utk num 1
Jakim iktiraf lebih 60 logo halal dari luar negara. Bagi rakyat biase, asal tulis tanda halal.kire dh halal lah tu. So negara patut wat akta dan majlis raja raja gesa utk guna logo halal jakim saja bg barang pasaran Malaysia since ramai sgt suka repacking rebranding brg

Utk num 2
Sape biase keje ngan kontena tau lah bagaimana rasenye kalu kontena xpenuh. Harga dia kire ikut kontena.dia xikut berape byk brg dlm tu. So gomen patut wat kerjasama nga freight company utk release halal kontena. Mcm nippon express tu xtau betul ke x sbb sy xpenah tgk tp dia kate dia samak kontena utk eksport produk halal.

Tulah yg sy nampak. Kalu nk detail pasal asal usul daging. Susah sbb. Mcm org jual brg lah.kalu xcukup. Dia contact supplier lain utk tambah stok. Xcukup lg contact lg supplier lain sampai cukup kuota yg dia nak. Jd bende yg sama cume supplier je lain lain.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,659
Reaction score
12,182
Points
2,376
LOGO HALAL | Syarikat, Pengarah & Pengurus Berdepan 21 Pertuduhan

Sebuah syarikat bersama dua individu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

paraducks

Junior Member
Joined
Sep 20, 2019
Messages
71
Reaction score
19
Points
21
Berita paper lain ada sebut nama pengarah ngan pengurus tu, dua2 cina. Dua2 pun bukan kisah campur babi ke campur sembelihan tak halal ke dah dua2 pun bole telan apedehal.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Hukum daging import dibeli sebelum isu kartel daging
February 2, 2021
daging-sejuk-beku-import-diragui-status-halal-696x382.jpg
Foto hiasan.
Soalan:

Advertisement

Assalamualaikum SS Mufti, saya nak tanya berkenaan sekarang sedang hangat isu daging import yang diragui status halalnya. Jadi, kalau kita yang masih ada lagi simpanan stok daging import yang telah dibeli sebelum berlaku isu bagaimana ya? Kalau yakin halal bolehkah dimakan sedangkan isu ini sedang menular di seluruh negara, mohon pencerahan.

Ringkasan jawapan

Jika daging import tersebut telah dibeli sebelum berlakunya sindiket kartel daging dan tidak bersumberkan daripada gudang terlibat maka halal untuk dimakan berpandukan kriteria tertentu.
Tetapi, seandainya diyakini bersumberkan gudang yang melakukan sindiket kartel sebaiknya kita bersikap dengan sikap warak dan berhati-hati (ihtiyat) dengan tidak memakan daging import tersebut.

Huraian jawapan

Muqaddimah


Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kiamat.

Latar belakang isu sindiket kartel daging import

Pada 2 Disember 2020 telah timbul isu sindiket kartel daging import haram di Senai, Johor Bahru yang melibatkan aktiviti pemalsuan perlabelan logo halal. Sindiket seperti ini berlaku disebabkan sikap tidak amanah serta tamak untuk mengaut keuntungan melampau dan mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna. Berdasarkan laporan akhbar Sinar Harian, syarikat pembekal terbabit menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal dan resit bayaran.[1] Daging tersebut di bawa masuk daripada empat buah negara iaitu Cina, Ukraine, Brazil dan Argentina.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan, syarikat pembekal dalam masa yang sama turut mengimport daging daripada sumber yang sah. Kesemua daging yang diimport akhirnya ditempatkan di dalam suatu tempat simpanan khas sebelum dibungkus semula. Daging import tersebut akan dimasukkan ke dalam kotak sebelum ditampal logo halal palsu.[2] Selain itu, terdapat rekod resit penerimaan kemasukan daging babi juga ditemui di tempat kejadian. Namun, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjelaskan bahawa setelah penyiasatan awal dilakukan didapati tiada daging babi ditemui di tempat kejadian.[3]

Kebiasaannya, taktik jahat yang digunakan kartel daging import adalah dengan mengimport sama daging daripada sumber yang sah dan juga meletakkan daging-daging berstatus halal secara bercampur dengan daging tidak mempunyai sijil halal yang sah.[4] Perkara ini menyebabkan status halal daging tersebut diragui dan memerlukan penelitian semula.

Setelah tularnya sindiket ini di media massa, maka masyarakat selaku pengguna produk daging import mula merasa gusar dan gelisah. Hal ini terutama apabila melibatkan aspek status halal produk daging tersebut. Majoriti masyarakat di Malaysia adalah beragama Islam maka sudah pasti kejelasan status halal produk daging tersebut menjadi kebimbangan sesama mereka.

Oleh itu, terdapat persoalan yang timbul baru-baru ini kepada pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan isu kartel daging import haram. Soalannya, jika seseorang masih mempunyai stok daging import yang telah dibeli sebelum isu ini timbul bagaimana hendak dilakukan? Sekiranya, pengguna tersebut meyakini kehalalan daging tersebut adakah boleh terus dimakan? Sedangkan isu ini sedang menular di seluruh negara.

Hujah dan analisis

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ…

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…” [Al-Baqarah 2: 172]

Berdasarkan ayat di atas, jelas Allah SWT memerintahkan kepada keseluruhan umatnya yang beriman untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. (Lihat Tafsir al-Sa’di, (1/81)

Perkara ini menjadi suatu keistimewaan Islam kerana Islam amat memberikan perhatian terhadap setiap aspek dalam kehidupan manusia khususnya aspek makanan. Makanan adalah aspek penting dalam tubuh badan kita, jika terdapat ketirisan dan kesilapan dalam pemakanan akan memberi kesan terhadap jasmani dan rohani. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang.

Selain itu, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana pengembala yang membawa haiwan gembalaannya di sekitar kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki sempadan dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
Riwayat Muslim (107)


Menerusi hadis di atas, dapat difahami bahawa Islam mengajarkan kepada umatnya untuk menjauhi perkara-perkara syubhat khususnya melibatkan hal-hal pemakanan. Hal ini kerana, dibimbangi umatnya terjebak dalam perkara-perkara yang membawa kepada haram. Lihat al-Minhaj Sharh Sahih Muslim (11/28)

Lebih-lebih lagi, makanan merupakan keperluan asasi bagi manusia. Setiap yang hidup memerlukan kepada makanan demi kelangsungan hidup. Justeru, pemilihan makanan yang halal dan tidak mengandungi syubhat boleh memberikan impak yang baik terhadap pembinaan rohani dan jasmani.

Setiap individu muslim dituntut agar mencari makanan yang halal kerana di sana terdapat banyak keburukan yang akan diperolehi kesan daripada memakan makan yang tidak halal. Antaranya seperti yang disebut oleh Imam Al-Ghazali, kesemua ibadah yang dilakukan akan menjadi sia-sia apabila memakan makanan yang haram, dan memakan makanan yang halal adalah asas bagi segala ibadah. Lihat Ihya’ Ulum al-Din (4/492)

Apabila daging yang telah dibeli memang diketahui secara pasti sumbernya dan telah disahkan oleh pihak bertanggungjawab bahawa daging tersebut telah bercampur dengan perkara haram, maka ketika itu haram memakannya. Hal ini berpandukan kepada kaedah fiqh:

إذَا اجْتَمَعَ الْحَلَالُ وَالْحَرَامُ غَلَبَ الْحَرَامُ

Maksudnya: Apabila bercampur antara yang halal dan yang haram, maka yang haram akan diutamakan.
Lihat al-Ashbah wa al-Naza’ir (1/105)

Walaupun demikian, seseorang boleh untuk meninggalkan sesuatu perbuatan atas dasar warak dan berhati-hati (ihtiyat), sekiranya berdepan dengan perkara-perkara yang diyakini mengandungi syubhat dan ini adalah sebaik-baik tindakan. Kerana perkara ini mampu memberikan ketenangan kepada setiap individu mukmin dalam kehidupan mereka.

Kesimpulan

Setelah meneliti isu ini, kami berpandangan bahawa daging import tersebut boleh dimakan berdasarkan hujah di atas, apatah lagi pembeli tersebut yakin dengan status halal tersebut. Tetapi, sekiranya logo halal tersebut bersumberkan daripada empat negara yang terlibat dalam sindiket kartel daging import baru-baru ini iaitu Cina, Ukraine, Brazil dan Argentina sebaiknya tidak makan. Bahkan, jika kita ragu-ragu dengan daging import tersebut, sebaiknya kita bersikap warak dan berhati-hati (ihtiyat) dalam hal-hal yang melibatkan pemakanan kerana sesuatu makanan yang baik mampu mendatangkan keharmonian dan ketenangan kepada rohani dan jasmani kita. – HARAKAHDAILY 2/2/2021
 
Sponsored Post
Top
Log in Register