Kartel tukar daging haram jadi halal

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Senarai pengimport jakim belum list kan lg ni

Kartel cina
 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
Kalau kata takda melayu nak ambik sumber daging dari luar adalah kurang tepat.
Saya bukan sahaja nak ambik daging,tetapi nak usahakan Rumah sembelih Halal di Mongolio dan juga Australia.

InshaAllah, saya akan usahakan.
Kita semua berhak dapat sumber daging halal tanpa ragu.🤲✍


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Kurg2 la berckp .. sembang kari buat pa .. bile tak ada jawatan kata tampa jawatan tak leh buat keje.. da dpt jwtan alasan mcm2

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
1611542153211.png


Tajuddin: Saya persoal isu kartel daging import dari era BN lagi

Diterbitkan 24 Jan 2021, 7:34 pm

Dikemaskini 24 Jan 2021, 7:36 pm


Pemimpin Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata dia telah mempersoalkan isu kartel daging import sejak memegang jawatan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani pada era pentadbiran BN.
Tajuddin mendakwa kartel daging import sememangnya wujud dan ia membabitkan urus niaga bernilai bilion ringgit.
"Kartel daging import memang wujud. Bisnes bernilai billion RM ini dimonopoli oleh beberapa pengimport bukan bumiputera padahal pasaran terbesar adalah Melayu Islam.
"Masa saya di kementerian pertanian dulu, saya persoalkan banyak kali dengan Jabatan Veterinar. Saya tak puas hati kenapa 'share' (kouta) import daging hanya 10 peratus (diberikan kepada bumiputera) daripada keseluruhan import," kata ahli parlimen Pasir Salak itu kepada Malaysiakini.

Untuk rekod Tajuddin dilantik sebagai timbalan menteri pertanian dan industri asas tani ketika era pentadbiran BN. Menterinya ketika itu ialah, Ahmad Shabery Cheek.
Pada 2017, Tajuddin yang masih menjawat jawatan di kementerian itu mencadangkan untuk mewajibkan kuota sekurang-kurangnya 30 peratus untuk pengimport daging dari kalangan bumiputera untuk memecahkan monopoli kartel daging import.

Isu kartel daging import menjadi tumpuan semula baru-baru ini selepas media melaporkan kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor kerana disyaki terbabit dalam rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Pada 30 Jan, dua pengarah syarikat pembekal daging didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu, di atas tuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa pada kenderaan mereka.

Dalam pada itu Tajuddin berkata, ketika menjadi timbalan menteri dia telah mengambil tindakan meluluskan kebenaran kepada satu syarikat pengeksport dari India bertujuan untuk memberi lebih peluang kepada syarikat Bumiputera.
Jelasnya, dia kecewa kerana pengimport daging di negara ini dikuasai oleh kelompok tertentu saja.

"Saya telah mengambil tindakan meluluskan satu syarikatt eksport di India untuk memberi peluang kepada syarikat pengimport bumiputera.
"Syarikat (pengimport) sedia ada tak boleh diharap. Mereka sudah berpakat dengan pengimport bukan bumiputera dah berabad-abad (lamanya)," katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Mak Khuin Weng - マク

· 22m ·

Salah Kartel (Daging Halal)

“Meat cartels exist. These companies control the export market from India and Australia, and if there are new players they will undercut the price or do all sorts of things to keep the monopoly,” he said adding that he had worked with new companies from India who had agreed to supply meat to Bumiputera companies. (1)

Tajuddin Abdul Rahman ni nak bagi persepsi bahawa non-Bumiputera yang bertanggungjawab atas daging tak halal ke?

Haih.

Di dalam artikel tu, cadangan dia ialah untuk mengupah lebih ramai pegawai untuk buat pemeriksaan.

Apa bezanya jika ada lebih pegawai sedangkan isunya ialah sistem penjejakan untuk daging itu?

Sebenarnya kan, untuk mengimpot daging ataupun apa-apa jua bahan makanan, kerajaan perlu bagi AP kepada pihak berkenaan.

Kalau betul kerajaan nak menangani isu ini, boleh saja bagi syarat kepada pemegang AP ni untuk memastikan ada sistem informasi blockchain yang boleh memastikan asal usul daging yang diimpot.

Tapi sistem ini mahal dan duit yang akan digunakan untuk rasuah akan lesap sekiranya ada sistem ini kan?

Dan daging kerbau India itu tersangat murah kan? Kalau tak beli daging itu, takkan ada sumber daging yang secukupnya untuk industri tempatan kan?

Dan masa BN berkuasa, ada pelan NFC untuk meningkatkan produksi daging tempatan, siapa pula yang rosakkan pelan tu kalau bukan Umno sendiri?

Senang nak salahkan kartel aje sedangkan kerajaan yang berkuasa membuat undang-undang dan memberikan AP.

Haih.

Peace.

1. https://www.hatred contents/.../tajuddin-meat.../1943629

1611542776246.png
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Tak perlu sebut non-bumi
Sebut saja chinese
Mereka di berikan AP utk bawa masuk daging masuk ke dlm negara

sama mcm vaksin
Pengedar ialah syarikat2 cina

knp ya? Kerana mereka ini adalah funder2 kepada politician kita huhu
Buang la songkok tanjak serban tu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Ronald Kiandee berkata demikian sebagai mengulas dakwaan hanya 10% pemegang AP daging terdiri daripada syarikat Bumiputera.

60% pemegang AP import daging dimiliki syarikat Bumiputera, kata menteri
Dikemas kini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2021 3:03PM
ronald_kiandee__full.jpg
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Ronald Kiandee berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan daripada agensi berkaitan berhubung kes daging import. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2021.

SEBANYAK 60% daripada jumlah keseluruhan pemegang permit import (AP) daging terdiri daripada syarikat dimiliki oleh golongan Bumiputera, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata antara pemegang AP daging syarikat Bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.

“Daripada segi jumlah daging yang diimport, ia bergantung kepada keupayaan syarikat berkenaan. Dua syarikat ini berupaya mengimport daging dalam kuantiti yang besar dan mampu bersaing dengan syarikat bukan Bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke pusat pengumpulan hasil tanaman Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani Tajuddin Abdul Rahman yang dilaporkan media baru-baru ini mengatakan hanya 10% pemegang AP daging terdiri daripada syarikat Bumiputera.


Sementara itu, mengulas mengenai syarikat pemegang AP disenarai hitam kerana melanggar syarat, Kiandee berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan daripada agensi berkaitan.

“Kita masih menunggu hasil siasatan. Kes berkaitan AP daging ini sedang disiasat oleh beberapa agensi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Jika terdapat pelanggaran syarat AP ini, Mafi akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Baru-baru ini, Mafi dilaporkan sedia membatalkan AP syarikat yang didapati terlibat dalam kartel pengedaran daging sejuk beku tanpa sijil halal dan tidak akan bertolak ansur jika ada kakitangan kementerian itu terbabit dalam isu berkenaan. – Bernama, 26 Januari, 2021.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
"Kalau nak dedahkan, kami boleh dedahkan... orang awam ingin tahu juga."
#AWANInews #AWANIpagi

Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini


Januari 27, 2021 09:28 MYT
Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini

Zulkifli berkata, senarai penuh pengimport daging akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Sebahagian daripada senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini akan didedahkan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia adalah bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu makanan halal.

"InsyaAllah, kalau nak dedahkan, kami boleh dedahkan hari ini mengikut ruang lingkup halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Sekiranya ia berkait dengan kementerian lain, kita akan minta izin, sebab orang awam ingin mengetahui juga," katanya selepas majlis pelepasan misi bantuan banjir, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di perkarangan Kompleks Islam, di sini, hari ini.

Ditanya bilakah senarai penuh akan didedahkan, Zulkifli memberitahu, ia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Beliau turut memaklumkan bahawa, pihaknya mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jakim dan beberapa agensi berkaitan pada 5 dan 11 Januari lalu bagi membincangkan isu berkenaan.

BACA: Kartel daging haram: Kerajaan teliti SOP pensijilan halal minggu ini - Zulkifli
BACA: Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini

Sebelum ini, media melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.
BERITA LANJUT MENYUSUL


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
yg kena reman sebab penyalahgunaan kuasa tu bila nak kena dakwa
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Da dedah ke nama pengimport berlesen tu
Lama tak mkndaging ni
Asik ikan je :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register