Kartel tukar daging haram jadi halal

CG Sponsors

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Syarikat pembekal daging tuntut RM50 juta

Share

Tweet

Rahman (tengah) dan isteri, Raihanah bersama peguam, Mohd Haaziq (kanan) ketika sidang media mengenai isu pengedaran daging haram di Petaling Jaya. FOTO Hairul Anuar Rahim

Rahman (tengah) dan isteri, Raihanah bersama peguam, Mohd Haaziq (kanan) ketika sidang media mengenai isu pengedaran daging haram di Petaling Jaya. FOTO Hairul Anuar Rahim
Amir Abd Hamid
[email protected]

Petaling Jaya: Pengasas syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd menuntut ganti rugi RM50 juta dan permohonan maaf daripada pemilik akaun Facebook (FB) Zaharin Mohd Yasin yang didakwa memfitnah mereka berkaitan isu kartel daging import tidak halal.
Tuntutan itu dikemukakan oleh Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan isterinya Raihanah Kasim, 42, serta syarikat mereka menerusi peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay.

Mereka juga menuntut Zaharin menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah berkaitan isu berkenaan.
Mohd Haaziq berkata, dalam paparan di FB Zaharin bertarikh 25 Disember 2020 yang antara butirannya 'Isu daging tidak halal bukan perbuatan orang bukan Islam. Tetapi dilakukan oleh orang Islam. Syarikat milik orang Islam'.
"Paparan itu turut melampirkan gambar anak guam saya, Rahman dan turut terpapar lampiran dokumen carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai butiran syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd termasuk nama penuh dan nombor MyKad Raihanah.
"Jika saya tak kenal mereka, saya juga akan beranggapan bahawa syarikat ini menjual daging haram. Mereka terima banyak cacian melalui FB dan WhatsApp mereka sendiri seperti bertanyakan ada daging kanggaro tak? Ada daging babi tak dan sebagainya.
"Sedangkan, mereka adalah pemilik syarikat Bumiputera Melayu yang bukan pengimport daging, mereka tidak ada permit import syarikat (AP) untuk import daging. Mereka hanya membekalkan sahaja.
"Pihak yang terbabit dengan kartel penjualan daging haram adalah orang lain. Jika anak guam saya terbabit, mereka tidak boleh ada di sini petang ini," katanya dalam sidang media mengenai perkara itu, di sini, hari ini.
Hadir sama, Rahman dan Raihanah.
Mohd Haaziq berkata, semalam Tetuan J.S Pillay & Mohd Haaziq sudah pun menghantar notis tuntutan komprehensif 20 muka surat kepada Zaharin antaranya terkandung tuntutan fitnah ganti rugi RM50 juta, tarik balik kenyataan itu, permohonan maaf di FB dan akujanji untuk tidak mengulangi kenyataan seumpamanya.
Beliau berkata, pihak Zaharin diberikan tempoh selama lapan hari bermula hari ini untuk menjawab tuntutan itu selain pihaknya merancang membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu, Rahman berkata, akibat perbuatan itu bukan sahaja menyebabkan perniagaannya jatuh merudum malah dia sekeluarga diganggu emosi oleh beberapa pihak yang mempercayai kandungan di FB Zaharin.
"Malah anak-anak saya berusia antara 10 hingga 22 tahun diejek seperti 'ayah awak jual daging haram ke?'. Saya turut menerima ugutan bunuh dan laporan polis mengenainya sudah pun dibuat," katanya yang sudah terbabit dalam perniagaan daging selama 23 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 5:24 PM
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Batalkan AP pemegang terlibat kartel daging – Ronald

11 January 2021

MGF11012021_MAJLIS-AMANAT-MENTERI-PERTANIAN_-8.jpg

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berucap pada Majlis Amanat Menteri Tahun 2021 di Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 11 JANUARI 2021

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membatalkan Permit Import (AP) terhadap pemegang yang didapati terlibat dengan kartel daging import haram.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee walaubagaimanapun berkata, setakat ini belum ada pembatalan yang dilakukan.

“Saya tidak dimaklumkan tetapi saya ada dapat maklumat umumnya ia tidak membatalkan mana-mana AP peringkat ini.
“Kita tahu beberapa agensi kerajaan sekarang melakukan siasatan ada di antara individu telah dituduh di mahkamah. sekiranya ada pemegang AP terlibat kita tidak teragak-agak membatalkan lesen pemegang AP berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Amanat 2021 kementerian itu hari ini.

Menurut Ronald, beliau tidak akan melindungi warga WAFI sekiranya didapati terlibat dengan kartel itu.

“Saya sebagai menteri di kementerian ini (MAFI) tidak melindungi mana-mana warga MAFI yang terlibat tetapi kita inginkan satu siasatan mendalam bagi menangani isu ini secara dekat agar masalah ini dapat kita rungkaikan,” tambahnya.

Baru-baru ini, empat individu, termasuk pengarah, dua syarikat pengimport daging sejuk beku dikenakan perintah reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah penyeludupan daging sejuk beku, awal bulan lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Baharu, Nur Izzaty Muhammad, yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – MalaysiaGazette

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Batalkan AP pemegang terlibat kartel daging – Ronald

11 January 2021

View attachment 329595

Tarik ap yg terlibat.. nak tunggu jatuh hukum terlibat tu pon makan masa ratusan tahun
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Tarik ap yg terlibat.. nak tunggu jatuh hukum terlibat tu pon makan masa ratusan tahun
tn GamezStar, yg part membatalkan AP tu pun belum tahu nak dibuat atau tak
saja bercakap je kot, jadi halwa telinga :D
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
tn GamezStar, yg part membatalkan AP tu pun belum tahu nak dibuat atau tak
saja bercakap je kot, jadi halwa telinga :D
Betul tu... Haha

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membatalkan Permit Import (AP) terhadap pemegang yang didapati terlibat dengan kartel daging import haram.
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,155
Reaction score
1,866
Points
206
Kartel daging: SPRM tahan ejen penghantaran
NOR AZURA MD AMIN | | 12 Januari 2021

937873.jpg

Datuk Azmi Alias
A
A
JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada Isnin telah menahan seorang lelaki berusia 55 tahun kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu skandal kartel daging.

Suspek yang merupakan ejen penghantaran ditahan di Pejabat SPRM Johor jam lebih kurang 8 malam Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi ini, bagi permohonan reman," katanya.

Khamis lalu, dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor dilaporkan direman lima hari hingga hari ini.

Kedua-dua pegawai Maqis yang berusia 27 dan 31 tahun itu dilaporkan direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi siasatan lanjut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...sa/Kartel-daging-SPRM-tahan-ejen-penghantaran
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register