BTC USD 100,396 Gold USD 2,680.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karnival konsert di Baling diarah tutup serta merta jika langgar syarat

Sponsored Post

Penganjur Fiesta Raya Baling mohon maaf

ROSLINDA HASHIM
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
BALING - Penganjur Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negeri Kedah termasuk umat Islam atas kontroversi yang berlaku.

Maju Kedah Resources dalam kenyataan berkata, perkara yang berlaku membabitkan selebriti Diva AA adalah di luar jangkaan pihaknya dan bukan salah satu daripada atur cara program.

Menurutnya, kehadiran selebriti tersebut merupakan atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.

"Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihak penganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu tersebut.

"Pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana beliau tiada dalam senarai jemputan rasmi,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, ekoran insiden terbabit, pihaknya menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan mengarahkan agar Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden tersebut.

"Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024.

"Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pihak jawatankuasa Fiesta Raya Baling turut kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu tersebut.

Sebelum ini, salah seorang peniaga di karnival tersebut menangis kerana tidak dapat menahan sedih selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri mengarahkan agar ekspo di tapak berkenaan ditutup serta-merta dalam tempoh 48 jam.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas Diva AA dirakam sedang menari ala dangdut bersama beberapa orang lelaki lain, dan secara jelas telah melanggar garis panduan ditetapkan PBT.

Perbuatan tersebut menyebabkan peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan mereka.


 
sempeno bulan poso yg mulio,
lenkali jemputlah farabi band yg metal & islamik,
atau geng nasyid dpd kumpulan ikhwan

atau geng yahanana ekekkekekeke

depa bangkang2 pon tapi nak ada konsert gak..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register