akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,517
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,517
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Karnival diarah tutup serta merta jika langgar syarat
AZMI YUSOFMarch 29, 2024
Mejar (B) Mansor Zakaria
ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur Karnival Fiesta Raya Baling yang melanggar syarat serta garis panduan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengadakan pertunjukan hiburan melampau.
- -
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, pihaknya juga tidak menyangka pihak penganjur melanggar garis panduan yang ditetapkan kerana pada peringkat awal hanya menyediakan hiburan seperti nasyid, qasidah dan lain-lain.
“Tindakan penganjur itu bukan sahaja melanggar garis panduan PBT sebaliknya tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dengan mengadakan hiburan melampau di luar jangkaan itu,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini.
Jelas Mansor lagi, pada awalnya itu tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Daerah Baling ekoran telah ada ekspo anjuran majlis berkenaan di Batu 42, Baling, namun atas desakan penganjur serta beberapa ahli majlis daerah terbabit, kelulusan diberikan bersama syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
Antaranya ujar beliau, tidak diadakan di pekan Baling sebaliknya di kawasan awam jauh dari pekan berkenaan, termasuk tidak dbenarkan diadakan hiburan melampau.
“Saya telah membuat semakan serta siasatan dan mendapati tiada kebenaran yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Baling kepada penganjur berkenaan menganjurkan hiburan sedemikian, malah teguran tegas telah dibuat kepada penganjur.
“Saya juga menyebut perkara itu di dalam mesyuarat Ahli Majlis Daerah Baling, baru-baru ini. Walaupun pada awalnya dipertahankan oleh pihak penganjur, tetapi akhirnya akur dengan teguran saya,” tambahnya lagi.
Terdahulu tular di TikTok, aksi seorang selebriti terkenal tanah air bersama beberapa orang lelaki lain menari (ala dangdut) dengan disaksikan pengunjung pada karvinal berkenaan.
Perbuatan itu bukan sahaja mendapat kritikan panas daripada para nitezen sebaliknya kecaman pedas Menteri Besar, Dato’Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Justeru kata Mansor lagi, pihaknya memohon maaf dan mengambil tanggungjawab atas perkara itu dan mengharapkan Menteri Besar tidak diheret bersama atas insiden berkenaan.
“Selaku Exco PBT, saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab kerana perkara ini di bawah portfolio saya. Tetapi penganjuran hiburan seperti itu bukanlah restu atau kebenaran kerajaan negeri, Menteri Besar mahupun Majlis Daerah Baling.
“Sebaliknya dilakukan oleh beberapa pihak yang kononnya ingin membawa kelainan tetapi sebenarnya mencetus polemik tidak sihat dan tidak sepatutnya berlaku pada bulan Ramadan ini. Akhirnya jadi isu negatif, Menteri Besar jadi sasaran musuh politiknya,” tegasnya agak kesal.
Justeru, bukan setakat teguran sebaliknya pihaknya akan menyenarai hitam mana-mana penganjur yang tidak melanggar syarat dan garis panduan serta tidak diberi kebenaran penganjuran pada masa akan datang.
Dalam pada itu, pihak PBT juga akan berada sepanjang masa di karnival tersebut berlangsung khususnya di waktu malam, selain bantuan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau untuk memastikan penganjur mematuhi syarat dan garis panduan yang diberikan.
Katanya lagi, sekiranya penganjur gagal atau melanggar syarat, PBT dan PDRM boleh mengarahkan karnival itu ditutup serta merta. – HARAKAHDAILY 29/3/2024