BTC USD 49,157.2 Gold USD 1,778.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karkas Babi Hutan RM50,000 Dirampas

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,620
Points
2,376

Karkas babi hutan RM50,000 dirampas

September 22, 2021 @ 10:27am


22plate1_1632277276.jpg


Karkas babi hutan yang dirampas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Kampung Degong, Telaga Mas, Rantau Panjang, Kelantan. - IHSAN PGA7


RANTAU PANJANG: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas 2,000 kilogram (kg) karkas babi hutan bernilai RM50,000 di Kampung Degong, Telaga Mas, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi, berkata dalam kejadian jam 9 malam itu, anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak sebuah van jenis Econovan berwarna biru dalam keadaan mencurigakan lalu menahannya untuk pemeriksaan.

"Van berkenaan dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun. Pemeriksaan tidak menemui sebarang barangan salah pada lelaki terbabit, namun kemudian anggota menjumpai karkas babi hutan yang dimuatkan di dalam kenderaan terbabit.

22plate_1632277271.jpg


Van digunakan untuk menyeludup keluarga 2,000 kilogram karkas babi hutan. - IHSAN PGA7


"Suspek gagal mengemukan sebarang dokumen perjalanan atau dokumen untuk barangan yang dibawa setelah diminta pihak berkuasa. Karkas babi hutan ini disyaki dari dalam negara untuk diseludup keluar ke negara jiran.

"Lelaki itu ditahan dan semua karkas babi hutan dirampas serta dibawa ke Balai Polis Lubok Stol bagi tindakan siasatan mengikut Sekyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

"Hasil siasatan lanjut mendapati karkas babi hutan ini mendapat permintaan tinggi pengguna bukan Islam di negara jiran dan dijual pada harga RM25 sekilogram," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, penyeludup mengambil kesempatan membawa masuk karkas berkenaan melalui jalan sungai yang tidak diwartakan.

"Pihak kami turut mengenal pasti beberapa pangkalan yang menjadi tumpuan penyeludup karkas babi hutan. Mereka ini biasanya bukan Islam," katanya.


 
Sponsored Post

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
400
Joined
Dec 24, 2009
Messages
400
Reaction score
7
Points
15
Terkejut tengok tajuk sebab perkataan karkas tu. Sekali baca kaskas. Maklum laaa peminat nasi kandaq, nasi kandaq ada kaskas.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Messages
42,561
Joined
May 13, 2009
Messages
42,561
Reaction score
1,504
Points
201
karkas? bangkai? oooo.. DBP dah mansuhkan penggunaan bangkai yer.... aku igt karkas tuh bahgian tubuh babi hutan...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,620
Points
2,376
karkas? bangkai? oooo.. DBP dah mansuhkan penggunaan bangkai yer.... aku igt karkas tuh bahgian tubuh babi hutan...

Sama la bang
Maklum lah orang pantai timur
 

g-man

Super Active Member
Messages
6,100
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,100
Reaction score
978
Points
121
Owh maksudnya bangkai babi yg nk dijual ke negara jiran kot, babi deme tak sembelih,jd konsider bangkai la ni hehehe
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,620
Points
2,376
Owh maksudnya bangkai babi yg nk dijual ke negara jiran kot, babi deme tak sembelih,jd konsider bangkai la ni hehehe

Rasa nya gitu dah bang
Terima kasih semua bagi info
Baru faham natam ape karkas ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register