BTC USD 33,937.3 Gold USD 1,783.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapten Kapal Maut Kemalangan Dua Kenderaan di LPT2

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,750
Reaction score
4,000
Points
236
12.05.2021 - Hulu Terengganu, Seorang kapten kapal sebuah syarikat swasta maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya hilang kawalan selepas terlanggar aliran air ketika hujan. Nahas berlaku di Kilometer 384 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil - Bukit Besi kira-kira jam 5.22 petang Selasa. Insiden itu menyebabkan mangsa, Mohamed Najib Muhammd Kutty, 33, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah dan tersepit di tempat duduk penumpang. Ketika kejadian mangsa bersama rakannya yang memandu kereta jenis Maserati Levante S dikatakan dari arah Besut menghala ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu rakannya itu dikatakan terlanggar aliran air sewaktu hujan lebat sebelum kereta berkenaan merempuh bahagian belakang sebuah lori penunda. Impak daripada rempuhan itu juga menyebabkan lori berkenaan terhumban ke dalam gaung. Ekoran kejadian itu juga pemandu kereta yang berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan parah manakala pemandu dan penumpang lori mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu. Manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

41620780577_KaptenmautLPT.jpg

Berita asal https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapten-kapal-maut-kemalangan-dua-kenderaan-di-lpt2-297662
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,442
Reaction score
2,845
Points
206
maserati pun kalau bawak laju takde jaminan akan selamat.
oleh itu pandulah mengikut had laju ditetapkan.
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,947
Reaction score
1,646
Points
201
maserati pun kalau bawak laju takde jaminan akan selamat.
oleh itu pandulah mengikut had laju ditetapkan.
Hujan, pastu jalan plk berlopak....jgn la tunjuk hebat....malang xberbau....
 

barzrosz

Active Member
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,291
Reaction score
605
Points
81
Lpt2 tu kalu hujan bawa slow
Lopak airnya memanjang dan bukannya melintang
Keretapi je yg agak selamat dipandu ketika hujan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register