Kapal selam kedua dijangka sampai Jun

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA KINABALU: Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, dijangka tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, dekat sini pada pertengahan tahun ini.

Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Mohd Rosland Omar, berkata kapal selam jenis Scorpene itu sedang melalui latihan kemahiran bersama tentera laut Sepanyol sebelum dijadual belayar pulang ke tanah air sekitar April.

"Jadi masuk bulan Jun, kita akan mempunyai kapal selam kedua di pangkalan Teluk Sepanggar ini," katanya kepada media selepas sambutan Hari Kualiti Markas Wilayah Laut 2 di pangkalan tersebut, hari ini.

Kapal selam Malaysia pertama, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), tiba di perairan Malaysia pada awal September tahun lalu, setelah mengharungi 55 hari pelayaran dari tempat ianya dibina di Toulon, Perancis.

Ia ditempatkan di pangkalan Teluk Sepanggar sejak 17 Sepember.

Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Anuwi Hassan, pula berkata KD TAR kini beroperasi sepenuhnya dan setakat ini tidak terdapat apa-apa masalah atau komplikasi yang timbul.

"(Penambahan) satu buah kapal selam lagi akan menguatkan lagi armada kita, untuk pertahanan negara," katanya.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi TLDM, Anuwi berkata satu daripada kekangan adalah mengoperasikan kapal-kapal yang telah lanjut usia.

Namun, katanya, TLDM telah merekodkan pencapaian yang baik tahun lalu iaitu lebih 70 peratus pengoperasian kapal-kapal ini.

"Keseluruhan aset-aset TLDM agak berusia, tapi bukan terlalu tua untuk dioperasikan. Kapal-kapal ini masih belum menjangkaui hayat, cuma kekangan belanja lebih untuk perbaiki, tapi kita berjaya dalam memperbaiki apa-apa kerosakan.

"Kita berharap dapat perolehi aset-aset yang baru untuk tampung kapal-kapal sedia ada, khususnya dalam Rancangan Malaysia ke-10," katanya.
 
Sponsored Post

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
ada ker yang dapat komisyen dalam hal nie
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
beli - ada orang dapat komisen.
baiki - ada orang dapat komisen...
 

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
No. 1 aritu apa cita...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
macam hebat je bunyi.. yg terbakar tu hari takde sebut yer
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Kapal selam kite ni dengor cite x blh selam da..apa citer
 
Sponsored Post
Top
Log in Register