BTC USD 34,733.6 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal laut China pula ceroboh selepas 16 pesawat ceroboh ruang udara Malaysia

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
497
Reaction score
131
Points
23
benda boleh aman2, buat apa nak gaduh2.

nak ke kita negara jadi huru hara? china pon xdenya nak serang malaysia. kepentingan ekonomi diorg besar kot kat rantau ini.

benda boleh tawan secara baik, buat apa nak perang2 kan..
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201
Ceroboh ladang doyan sudah
Ceroboh udara sudah
Ceroboh air sudah
Ceroboh lah dgn aman

Takkan kita nak lawan abg besar plak
Singapo yg kecik punya jet pun tak bole halau 😂
 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,107
Reaction score
229
Points
83
nak buat macam mana, kerana najib/umno, kita dah terikat hutang dengan china,
ibarat kita berhutang dengan ahlong dah tentulah ahlong akan besar kepala,
x kan nak lawan ahlong pula.
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,915
Reaction score
878
Points
121
Kalau tak buat apa2, tau2 menjelma pulak pulau baru siap dengan markas pesawat macam kat filipina. Dia testing je tu.
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,915
Reaction score
878
Points
121
nak buat macam mana, kerana najib/umno, kita dah terikat hutang dengan china,
ibarat kita berhutang dengan ahlong dah tentulah ahlong akan besar kepala,
x kan nak lawan ahlong pula.
Indon lagi besar berhutang dengan cina.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,854
Reaction score
4,082
Points
236
APABILA RUANG UDARA NEGARA DICEROBOH TENTERA CHINA

1. Disaat TUDM mahu menyambut hari ulang tahunnya yang ke-63, sehari sebelum itu No. 6 Skuadron Hawk di Labuan dikejutkan dengan kehadiran 16 sasaran udara memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia.

2. Kehadiran sasaran udara yang bergerak secara formasi in-trail ini sudah dipantau Pusat Pertahanan Udara (CRC2) sejak tengahari lagi apabila pesawat ini gagal mematuhi arahan dari pusat trafik FIR Singapura seterusnya menuju ke FIR Kota Kinabalu.

3. Ruang trafik udara di Laut China Selatan sememangnya diselia oleh Singapura, tetapi apabila pesawat yang tidak dikenali gagal melaporkan diri serta mematuhi laluan trafik yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab TUDM untuk melaksanakan pemintasan.

4. Segera Ops Curiga diaturgerak dengan Hawk 208 diarahkan mengejarkan sasaran. Dalam masa yang sama, pesawat pejuang lain seperti Su-30MKM sudah bersedia untuk diaturgerak membantu Hawk 208 jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

5. Walaupun Hawk 208 hanya berkelajuan Sub-sonik (tak sampai Mach 1), 16 sasaran udara yang terbang menuju ke Sarawak itu mudah dipintas kerana terbang perlahan. Kenapa terbang perlahan? Juruterbang Hawk akhirnya mendekati sasaran kelihatan seperti pesawat yang besar.

6. Rupanya ia adalah pesawat pengangkut taktikal Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 milik PLAAF (China). Pesawat ini sedang menuju ke Beting Patinggi Ali, satu beting pasir yang sejak tahun 2013 lagi diganggu dan diceroboh oleh Pengawal Pantai China dan Tentera Laut China.

7. Demikian, pesawat pengangkut ini mesti dihalau segera sebelum sempat melakukan apa-apa misi yang sudah pastinya berniat jahat. Tiada maklumat mengenai jumlah Hawk 208 yang diaturgerak, tetapi di Labuan sekurang-kurangnya 5 atau 6 buah Hawk 208 beroperasi di sana.

8. Mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku, dan kesemua 16 buah pesawat pengangkut berpatah balik ke ruang antarabangsa seterusnya beredar dari FIR Singapura dan Kota Kinabalu


Motif China Menghantar Pesawat Pengangkut Taktikal

9. Apabila Wisma Putra menyuarakan bantahan berhubung pencerobohan ini, serta merta China membalas dengan menyatakan bahawa tujuannya hanyalah untuk menikmati kebebasan terbang di ruang udara tersebut selain latihan ketenteraan biasa.

10. Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 bukanlah pesawat pengangkut biasa, sebaliknya mampu menerjunkan pasukan penerjun para seramai 126 orang setiap sebuah. Kalau 16 buah memuatkan penerjun para, ia mencecah sehingga 2,000 anggota dalam satu formasi penerbangan.

11. Tiada siapa tahu adakah 16 buah pesawat ini mempunyai penumpang atau tidak, tetapi jika latihan PLAAF ini diteruskan terdapat kemungkinan mereka bakal melaksanakan latihan penerjunan ke Beting Patinggi Ali jika benar mereka membawa pasukan para dalam pesawat.

12. Dalam peperangan sebenar, melaksanakan penerjunan pasukan para di Beting Patinggi Ali adalah misi sukar kerana beting pasir cuma seluas ‘sekangkang kera’ terlalu sempit untuk ditawan oleh 2,000 anggota para dan juga akan tenggelam sekiranya berlaku air pasang.

13. Sebaliknya logik sebenar ialah pasukan para ini perlu diturunkan dikawasan pantai yang lebih luas di sekitar Sarawak. Sudah pasti penerbangan latihan ini sebenarnya menyasarkan Sarawak yang kemungkinan menjadi garis pertahanan sekiranya Beting Patinggi Ali berjaya ditawan.

14. Ini kerana pada tahun Mac 2013, China pernah menceroboh Beting Serumpai apabila tentera laut China menghantar kapal pengangkut amfibi bernama Jinggangshan lengkap dengan hovercraft dan lancang pendarat untuk menawan beting pasir ini menggunakan tentera marin.

15. Dan sejak itu juga, China secara berterusan menghantar kapal pengawal pantai miliknya untuk melindungi nelayan mereka melaksanakan aktiviti perikanan di Sarawak serta menghalau nelayan tempatan yang memasuki Beting Patinggi Ali.
Pengajaran Kepada Malaysia

16. Jika pencerobohan udara melibatkan pesawat pejuang, kemungkinan Hawk 208 tidak berupaya melaksanakan pemintasan kerana pesawat pejuang PLAAF seperti J-15 mampu terbang selaju Mach 2 sedangkan Hawk 208 hanya mampu mencapai kelajuan sub-sonik sehingga Mach 0.8 sahaja.

17. Ini memerlukan TUDM mengoperasikan pesawat MRCA yang lain seperti Su-30MKM atau F/A-18D Hornet atau pesawat MRCA baru di Sabah sekiranya mahu melaksanakan pemintasan yang berkesan.

18. Ini kerana walaupun pesawat MRCA sedia ada dalam TUDM di Kelantan dan Pulau Pinang mampu terbang hingga ke Sabah (dengan bantuan tangki minyak tambahan), ia masih lagi jauh, merugikan durasi penerbangan selain masa pemintasan yang lebih lama.

19. TUDM juga memerlukan pemantauan berterusan di udara dimana keperluan terhadap pesawat amaran awal AEWCS adalah penting untuk mengisi titik buta garisan ufuk laut yang tidak dapat dipantau oleh radar darat.

20. Sudahlah TUDM kekurangan pesawat, pertahanan udara Malaysia juga lemah kerana sehingga kini TDM hanya mengoperasikan misil pertahanan udara jarak pendek (VSHORAD) jenis Starstreak yang hanya mampu mencapai jarak 7km maksimum, terlalu jauh untuk memberi ancaman terhadap pesawat yang terbang tinggi seperti Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 yang terbang setinggi 27 ribu kaki di udara.

21. TDM perlukan lapisan pertahanan udara aras tinggi sekiranya mahu memastikan pesawat pengangkut para musuh terpaksa berpatah balik apabila misil dari darat mampu menjatuhkan mereka di udara.

22. TLDM di laut pula Ketika ini sangat bergantung harap kepada kapal LMS terbaru mereka, KD Keris yang kecil dan terpaksa ulang alik ke Sabah untuk ulang bekal sambil bergiliran dengan kapal APMM melaksanakan rondaan di Beting Patinggi Ali yang juga ada mengerahkan kapal kecil seperti KM Bagan Datuk.

23. Kapal yang lebih berupaya seperti Littoral Combat Ship dan OPV milik TLDM dan APMM yang mengalami kelewatan pembinaan antara sebab kenapa kedua-dua agensi ini kekurangan aset untuk melaksanakan misi rondaan di Laut China Selatan dengan berkesan.

24. Tetapi apakah daya, ketika ini ekonomi Malaysia sedang bergelut dengan masalah pandemik COVID-19 dan ia bakal menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia tidak memperolehi apa-apa aset yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah di atas. Kecuali dengan mengharapkan projek-projek yang sedia ada siap dibina.

25. Semoga Tuhan merahmati negaraku Malaysia.

Sumber asal MALDEF
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register