BTC USD 34,449.3 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal laut China pula ceroboh selepas 16 pesawat ceroboh ruang udara Malaysia

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,453
Reaction score
323
Points
51
ACKBAL-ABDUL-SAMAD-re.jpg


PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan bahawa pihaknya telah mengesan penerbangan mencurigakan iaitu sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei, semalam.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 malam waktu tempatan.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ackbal berkata, pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapura sebelum memasuki ruang udara negara serta Kota Kinabalu.

“Mereka seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

“Pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM,” katanya.

Tambahnya lagi, pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut disamping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu.

Katanya, apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan Kota Kinabalu menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1.33 petang untuk melakukan identifikasi visual.

“Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20. Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

“Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan (Airways) di Kota Kinabalu,” katanya.

Ackbal juga memaklumkan bahawa insiden tersebut telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN).

“Kementerian Luar Negeri telah mengambil maklum tentang perkara ini melalui Kementerian Pertahanan,” katanya.


== UTUSAN
 
1090986.jpg


Sah kapal CCG ceroboh perairan Malaysia

SHAH ALAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Miri mengesahkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri.

Memetik laporan Borneo Post, Pengarah Maritim Miri, Kapten Md Fauzi Othman berkata, laporan pencerobohan tersebut telah diterimanya pada Jumaat lalu.

“Ya, saya boleh mengesahkan bahawa kami telah menerima laporan mengenai CCG menceroboh perairan kami pada 4 Jun (Jumaat).

“Aset kami termasuk dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengawasi keadaan dengan teliti,” katanya.

Md Fauzi berkata, aset-aset diletakkan berhampiran kawasan Beting Patinggi Ali sepanjang tahun untuk memantau kawasan tersebut bagi memastikan kedaulatan negara.

Pihak berkuasa sebelum ini mengesahkan bahawa CCG pernah mempunyai kapal yang berlabuh di kawasan itu sejak tahun 2013.

Pada 31 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ional/Sah-kapal-CCG-ceroboh-perairan-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Hishammuddin kontak rapat kes Covid-19​

Hishammuddin-Tun-Hussein-resize.jpg
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diganti timbalannya, Datuk Kamarudin Jaafar dalam Mesyuarat Khas Menteri Asean-China di Chongqing esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, sesi lawatan kerja rasmi menteri berkenaan ke Mesir, Kuwait dan Qatar yang dijadualkan selepas program mesyuarat tersebut juga ditunda.

Dengan perasaan penuh dukacita, Kementerian Luar ingin mengemas kini makluman awal bahawa Menteri Luar tidak dapat hadir dirinya ke Chongqing, Kaherah, Kuwait City dan Doha.

“Ia susulan sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard bahawa beliau ada sejarah kontak rapat kepada individu kes Covid-19,” katanya menerusi kenyataan.

Kementerian Luar menambah, individu berkenaan dikenal pasti oleh pihak Kementerian Kesihatan sebagai didapati positif setelah menjalani ujian PCR untuk pengesanan wabak tersebut.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, dua kali ujian PCR dilakukan Hishammuddin negatif, namun beliau kena meneruskan kuarantin wajib.- UTUSAN

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,295
Reaction score
21,272
Points
1,671
JUST IN
NOW READ THIS!
NOW READ THIS!

SIARAN MEDIA KENYATAAN PANGLIMA TUDM

TUDM telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 1153H.

Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara. Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam KEDAULATAN NEGARA.

Pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

Pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut disamping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR. Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1333H untuk melakukan identifikasi visual.

Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20. Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi. Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman KEDAULATAN NEGARA dan KESELAMATAN PENERBANGAN berdasarkan kepadatan trafik udara di dalam laluan penerbangan (Airways) di dalam KK FIR.

Insiden ini telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan ATM amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN). Kementerian Luar Negeri telah mengambil maklum tentang perkara ini melalui Kementerian Pertahanan.

NOTA TAMBAHAN :

Buat masa ini MMP tidak akan mengeluarkan apa² komen dan dapatan kerana baru menerima maklumat. Sila dapatkan maklumat anda dari sumber yang sahih, tepat dan berkredibiliti.

JANGAN AMBIK SUMBER PALATAO TAU!!!

kredit : Informasi Tempur dan lain² media pertahanan

SELUANG

MMP

 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,681
Reaction score
299
Points
91
Dalam sidang media bersama sempena lawatan dua hari ke China baru-baru ini, Hishammuddin dilaporkan memberitahu Wang yang beliau akan sentiasa menjadi “abang besar” kepadanya.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,295
Reaction score
21,272
Points
1,671
Kan hari ulang tahun tudm. China yg buat lintas hormat

Ciksu xkua ke
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,230
Reaction score
840
Points
121
kalau sebiji dua tak kisah sgt. ni sampai 16.

mcm nak gertak je. memang gertak pun.

Malaysia ni ibarat mati emak, dibuang mati ayah.

nak ally china salah, salah. nak ally amerika, salah.

nak lawan dua2, mati.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,190
Reaction score
2,532
Points
201
kalau sebiji dua tak kisah sgt. ni sampai 16.

mcm nak gertak je. memang gertak pun.

Malaysia ni ibarat mati emak, dibuang mati ayah.

nak ally china salah, salah. nak ally amerika, salah.

nak lawan dua2, mati.
Kita ally OIC jela.
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,960
Reaction score
1,412
Points
111
Malaysia kalau dah tak mampu jaga kedaulatan wilayah nusantara ni, baik gabung je dengan negara Indonesia.

Sekarang ni, China bukan setakat langgar Malaysia, dengan Filipina pun dorang dah tak hairan.

Dulu dah try nak buat Maphilindo. Tapi gagal. Sekarang ni, China dah kuat teknologi mereka. Kita masih politik siang malam pagi petang.
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,379
Reaction score
757
Points
81
Hantar aje warisan najib munafiq yg ada kat zoo tu.. Tanda protes. Apa susah. Ada warisan tu pun membazir aje duit zoo aje
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register