BTC USD 43,117.6 Gold USD 1,817.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal China Tembak Kapal Filipina Guna Meriam Air

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
18.11.2021 - Manila, Filipina hari ini menuduh kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah bot yang sedang menghantar bekalan makanan kepada pasukan tentera lautnya. Kerajaan Filipina turut mengeluarkan amaran supaya Beijing segera berundur dari kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan itu. Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin, berkata beliau sudah menyuarakan 'kemarahan, kutukan dan bantahan' kepada Beijing berhubung tindakan itu.

Serangan dilakukan Selasa lalu ketika bot Filipina merentasi Beting Second Thomas di perairan Pulau Spratly yang hak miliknya dipertikaikan beberapa negara. Nasib baik tiada yang cedera tetapi bot kami terpaksa membatalkan penghantaran bekalan.

"Bot Filipina yang terbabit adalah bot awam dan dilindungi di bawah perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tiada hak penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan ini. Mereka (China) mesti mengambil maklum serta berundur," katanya menerusi ciapan Twitter sambil menyifatkan penggunaan meriam air sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang.

Ketegangan di kawasan perairan yang kaya sumber asli itu memuncak selepas ratusan kapal milik China dikesan di Terumbu Whitsun, yang juga berada di semenanjung Spratly. China menuntut hampir keseluruhan kawasan perairan di Laut China Selatan yang menyaksikan dagangan bertrilion dolar merentasinya setiap tahun dan turut dituntut Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam. Locsin berkata kawasan beting itu berada di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Filipina dan memberi amaran bahawa kegagalan China untuk 'mengawal diri' akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

"Kami tidak perlu minta kebenaran untuk melakukan sesuatu dalam wilayah," katanya.​

1637218329905.png
 
Last edited:
Sponsored Post

eizzbizz

Super Active Member
gem
Messages
9,826
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,826
Reaction score
1,077
Points
156
senang je nk ajar china ni..
bagi je US buat naval base kat area Pinoy mengadap Laut China Selatan .. ikat kontrak 10 tahu ke

aku tgok kat Laut China Selatan ni... China betul² melampau...membuli negara² kecik
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,983
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,983
Reaction score
427
Points
51
Awat patah balik, pusing la ikut laluan jauh dari kapal meriam tu sikit... luas kot.. :ROFLMAO:
 

eizzbizz

Super Active Member
gem
Messages
9,826
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,826
Reaction score
1,077
Points
156
Awat patah balik, pusing la ikut laluan jauh dari kapal meriam tu sikit... luas kot.. :ROFLMAO:
nk pusing mcm mana bro ..kalo kapal besar China tu dok ngekor sambil tembak guna water cannon..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,470
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,470
Reaction score
4,043
Points
261
Awards
1
senang je nk ajar china ni..
bagi je US buat naval base kat area Pinoy mengadap Laut China Selatan .. ikat kontrak 10 tahu ke

aku tgok kat Laut China Selatan ni... China betul² melampau...membuli negara² kecik
perangai China ni pembuli....sama lah dgn org dia ..ehem..ehem
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,636
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,636
Reaction score
2,900
Points
261
Awards
1
Dah macam FRU halau orang join demonstrasi.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
Pendirian Kementerian Luar China mengenai kejadian tembakan water cannon ke atas kapal bekalan Filipina;

1. Kehadiran 2 kapal bekalan Filipina ke Ayungin Shoal tidak peroleh kebenaran pihak China serta menceroboh perairan Ayungin Shoal milik China.
2. Kapal Coast Guard China ketika itu mengambil tindakan penguatkuasaan untuk mempertahankan kedaulatan China.
3. Keadaan di Ayungin Shoal adalah terkawal dan tenang.

Terumbu Ayungin Shoal telah dibawah kawalan Filipina. Pada tahun 1999 sebuah kapal perang lama telah diletakkan di situ untuk menandakan hak milik Filipina. Adakah China kali ini mahu cuba menawan kembali Terumbu Ayungin Shoal dengan cara begini ? .. Ini satu ujian ke atas Filipina.
1637233524249.png
 
Last edited:

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,280
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,280
Reaction score
3,005
Points
266
Awards
1
Pendirian Kementerian Luar China mengenai kejadian tembakan water cannon ke atas kapal bekalan Filipina;

1. Kehadiran dua kapal bekalan Filipina ke Ayungin Shoal tidak memperolehi kebenaran pihak China serta menceroboh perairan Ayungin Shoal milih China.
2. Kapal Coast Guard China ketika itu mengambil tindakan penguatkuasaan untuk mempertahankan kedaulatan China.
3. Keadaan di Ayungin Shoal adalah terkawal dan tenang.

Terumbu Ayungin Shoal telah dibawah kawalan Filipina. Pada tahun 1999 sebuah kapal perang lama telah diletakkan di situ untuk menandakan hak milik Filipina. Adakah China kali ini mahu cuba menawan kembali Terumbu Ayungin Shoal dengan cara begini ? .. Ini satu ujian ke atas Filipina.
1637233524249.png
Letak kapal perang lama?
Askar takde ke?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register