BTC USD 56,840.7 Gold USD 1,780.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal Angkasa SpaceX Starship Meletup Ketika Percubaan Mendarat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,300
Reaction score
3,816
Points
236
11.12.2020 - Global, Starship ialah kapal angkasa berskala besar yang ingin digunakan SpaceX untuk perjalanan ke bulan dan seterusnya ke Marikh. Awal tahun ini ia berjaya melakukan ujian lompatan dan terbang sehingga ketinggian 150 meter. Pagi ini ia melakukan sebuah lagi ujian untuk mencapai rekod baru ketinggian namun ia berakhir dengan kegagalan.

Dalam ujian untuk terbang ke ketinggian 12,000 meter, ia meletup ketika cuba melakukan pendaratan semula. SpaceX tidak menyatakan sama ada rekod ini berjaya dicapai ataupun sebab mengapa Starship mengalami kecelakaaan ini. Sungguhpun begitu SpaceX masih menggagap ujian yang dilakukan berjaya kerana ia Starship melakukan pertukaran ke posisi sendeng dengan data yang berjaya dikumpul akan digunakan untuk ujian seterusnya.

Starship versi prototaip yang diberi nama SN8 ini dilengkapi tiga enjin Raptor sahaja. Kapal angkasa sebenar kelak akan dilengkapi enam Raptor. Dengan diameter 9 meter dan ketinggian 50 meter, ia mampu membawa kargo sehingga 100 ton atau 100 orang penumpang. Malahan terdapat laporan ia juga akan digunakan oleh pihak tentera untuk menghantar kelengkapan dengan pantas ke seluruh permukaan bumi.

Untuk melepasi graviti bumi, Starhip akan dilonjak ke angkasa di atas roket Super Heavy yang dilengkapi 37 enjin Raptor. Seperti roket Falcon 9 sedia ada, Super Heavy akan kembali dan mendarat semula ke bumi secara automatik selepas menghantar Starship ke angkasa lepas.


Berita asal https://www.cnn.com/2020/12/10/tech/spacex-starship-sn8-test-flight-recap-scn/index.html
Sumber tambahan https://www.thestar.com.my/news/wor...ototype-explodes-on-landing-after-test-launch
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,741
Reaction score
1,956
Points
206

Roket SpaceX meletup selepas pendaratan
Mac 4, 2021 @ 10:19am
US-SPACE-SPACEX_1614824485.jpg
Roket prototaip SpaceX yang dinamakan Starship SN10 ketika melakukan ujian penerbangan di Boca Chica, Texas. - Foto AFP

WASHINGTON: Sebuah roket SpaceX tanpa pemandu meletup di tanah semalam selepas melakukan penerbangan dan pendaratan yang kelihatan berjaya.
Ini adalah kegagalan ketiga berturut-turut yang membabitkan prototaip roket Starship, yang diharapkan SpaceX suatu hari nanti akan dihantar ke Marikh.

Dua ujian penerbangan terakhir berakhir dalam kemalangan.
"Pendaratan yang baik," kata pengulas SpaceX dalam siaran langsung penerbangan ujian, walaupun api keluar di bahagian bawah dan kru berusaha memadamkannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Roket meletup beberapa minit kemudian. Ia melambung ke udara dan jatuh kembali ke tanah.
Tiada penjelasan segera diberikan. Seperti yang dilihat pada video SpaceX, roket terbabit kelihatan telah mendarat dengan betul selepas penerbangannya.

Pengasas SpaceX, Elon Musk telah membangunkan roket Starship generasi seterusnya dengan tujuan pergi ke Marikh - walaupun dua prototaip meletup dengan cara yang luar biasa pada ujian terbaru mereka.
Prototaip terbaru, dinamakan SN10, untuk 'nombor siri 10', dilancarkan sejurus sebelum sebelum 1120 GMT dari Boca Chica, Texas.

Dua prototaip lain (SN8 dan SN9) terhempas ketika mendarat, masing-masing pada bulan Disember dan awal Februari.
Ujian dilakukan di kawasan yang hampir sepi, yang disewa oleh SpaceX di Texas Selatan berhampiran sempadan dengan Mexico dan di sebelah Teluk Mexico - kawasan cukup luas dan cukup kosong sehingga kemalangan atau letupan tidak akan menyebabkan kerosakan atau kematian.

Selain Marikh, roket itu, jika ia beroperasi, juga boleh digunakan untuk perjalanan yang lebih dekat, terutama ke Bulan. - AFP

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register