BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kantoi curi besi jambatan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berputih mata apabila hasratnya untuk mencuri besi jambatan, tidak kesampaian setelah dicekup polis di Ladang Sime Darby, Jabor, Kemaman, Jumaat lalu.

Kata sumber, aktiviti suspek berusia 31 tahun itu disedari anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan ladang berkenaan, kira-kira jam 8.30 malam.

“Suspek yang ketika itu menunggang motosikal, dipercayai sedang melarikan dua batang besi jambatan yang dicuri di dalam ladang berkenaan, namun terserempak dengan anggota polis bertugas.

"Melihatkan tindak-tanduk suspek yang mencurigakan, polis menahannya untuk pemeriksaan lanjut. Apabila ditanya mengenai besi jambatan dimilikinya ketika itu, suspek gagal beri penjelasan yang logik," katanya.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Jabor untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati, suspek merupakan antara individu paling aktif melakukan jenayah curi besi terutama di kawasan ladang, justeru suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz WanHamzah mengesahkan kejadian.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kantoi-curi-besi-jambatan-1.377422
 
Back
Top
Log in Register