BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kantoi bawa 15 tandan pisang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
TANGKAK - Kehilangan pisang yang banyak berlaku di daerah ini akhirnya terjawab apabila polis berjaya menahan dua lelaki bersama pisang yang dicuri mereka pada awal pagi, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, suspek berumur 34 dan 38 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 4 pagi di Jalan Taman Serom Utama di sini.

"Kedua-dua mereka ditahan dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan 15 tandan pisang jenis berangan dan ketika ditanya memberikan jawapan meragukan dari mana hasil pisang itu diperolehi mereka," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Mati di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata, kedua-dua suspek berasal dari Bukit Gambir di sini dan salah seorang suspek berusia 34 tahun itu mempunyai kesalahan dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, seorang lagi suspek berumur 38 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi kedua-duanya disahkan positif dadah jenis syabu.

"Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu turut menjumpai sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk mencuri pisang berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kedua-duanya telah ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan yang kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Menurutnya sepanjang Januari hingga 9 November lalu sebanyak 23 kes kecurian pisang dilaporkan berlaku di daerah ini yang membabitkan kerugian lebih RM20,000.

Katanya, kebanyakan kes kecurian pisang berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi dan pencuri licik melepaskan diri.

Sehubungan itu beliau meminta kerjasama daripada orang ramai bagi menyalurkan maklumat berhubung setiap kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka terutama melihat individu mencurigakan seperti di kebun pisang. - Bernama
 
Wow Tanam Pisang pun boleh kaya sekarang ni.Tapi penyamun pulak banyak.
 
Kat tmpt tok pun sama.. Pantang pisang tu nak masak jer pasti kena kebas..
 
kelapa sawit kt pokok pun kena kebas skrg ni. mmg tk selamat dah.
 
Pendek kata semua dia nak curi la... keje malas... sampai aku nak beli pisang pun mahal... alasannya... asyik kn curi je...
 
Setandan pisang berangan grade A boleh cecah 30-40 ringgit.
Pencuri pisang ni, hukumannya, bakar je kenderaan dia... Belasah stgh mati, kenderaannya bakar...
Itu je yg terbaik.
 
pisang kat kebun ak pun kena kebas dek penagih dadah..
spray apa bagai pun dkt pisang, dia curik jugak..
nasib baik la x brp byk pokoknya..dah pesan kat jiran2 kalau dah nak ranum cepat2 la rembat ambik simpan n simpan dkt tuan rumah skit..hehehe
 
Kebun kwn aku, dr mula boleh tuai sampai skg... Dh dekat 60 tandan lesap...
Dia baru rasa 20 tandan lebih..
Jd, boleh la tau, mcm mana rasanya sakit tuan kebun.
Jgn plk ada yg ckp sedekah la, hapa la ya..
Modal nk tanam pokok pisang bukan sikit.
 
Kebun kwn aku, dr mula boleh tuai sampai skg... Dh dekat 60 tandan lesap...
Dia baru rasa 20 tandan lebih..
Jd, boleh la tau, mcm mana rasanya sakit tuan kebun.
Jgn plk ada yg ckp sedekah la, hapa la ya..
Modal nk tanam pokok pisang bukan sikit.

sy faham penderitaan tuan tu..
:mad:
 
Back
Top
Log in Register