akecema
CG Top Poster Club

- Messages
- 34,112
Paid Membership
- Joined
- Jan 26, 2007
- Messages
- 34,112
- Reaction score
- 6,685
- Points
- 486
- Awards
- 1
Kanser tahap empat kembali menyerang, Jamal Yunos jalani rawatan
Oleh Kalbana Perimbanayagam - Disember 14, 2023 @ 10:43pm[email protected]

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kini menjalani rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat yang kembali menyerang di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.
Anaknya, Amin Daniel Jamal, 22 memaklumkan kanser dihidapi bapanya sejak dua tahun lalu menyerang kembali, meskipun sedang mengambil ubat-ubatan.
"Kali ini sel kanser itu menyerang organ pernafasan. Terdahulu, bapa saya dirawat di sebuah pusat perubatan swasta selepas mengadu sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas sebelum dimaklumkan kansernya kembali menyerang.
"Beliau juga mendapat rawatan dengan mengambil ubat-ubatan dari luar negara, namun kansernya kembali," katanya hari ini.
Jamal dilaporkan berada dalam keadaan lemah dan kehilangan berat badan ketara disebabkan keadaan kesihatannya yang merosot.
Pada September tahun lalu, Jamal dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di suatu majlis anjuran UMNO dan dikaitkan mengalami keracunan makanan.
Mengulas lanjut, Amin Daniel, berkata bapanya kini sedang mendapatkan rawatan dan berehat di hospital swasta.
Berikutan keadaan bapanya yang belum sepenuhnya pulih, katanya, keluarga berharap dapat diberikan ruang berehat sehingga keadaannya kembali stabil.
"Buat masa ini, kami memohon diberikan ruang dan privasi kepada bapa saya kerana beliau masih menjalani rawatan berikutan tekanan mental berkaitan penyakitnya.
"Kami memohon doa daripada orang ramai, rakan dan kenalannya agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesembuhannya supaya kembali sihat," katanya.