Kangaroo tertekan lari kurungan, Lompat pagar setinggi 2.2 meter

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,944
Reaction score
8,923
Points
2,226

SEEKOR kangaroo yang tertekan melompat melepasi tembok pusat perlindungan setinggi 2.2 meter semalam dan melarikan diri ke dalam hutan selepas diselamatkan dari rumah yang dirempuhnya dua hari sebelum itu

Penyelamat menamakan kangaroo itu sebagai Norman Bates, sempena pembunuh dalam filem thriller Alfred Hitchcock, ‘Psycho’, apabila mereka mengeluarkan ia dari rumah Ahad lalu, yang dirempuhnya menerusi tingkap dan menyebabkan darah terpercik ke dinding

“Percikan darah ada merata-rata. Ia kelihatan seperti lokasi ‘Psycho’,” kata pengendali pusat perlindungan Five Freedoms Animal Rescue, Manfred Zabinskas

Beliau juga dipanggil polis untuk mendapatkan semula kangaroo yang melarikan diri itu

Norman diletakkan dalam kurungan besar dengan kangaroo lain tetapi cuba mencari jalan keluar selepas dua hari

“Kami tidak pernah melihat kangaroo sangat terdesak untuk keluar seperti Norman

“Ia tidak mencecah bahagian atas setinggi dua meter. Ia melompat agak tinggi,” kata Zabinskas

Kangaroo itu tinggal di tempat terbuka berhampiran perumahan ketika ditemui di kawasan perindustrian di pinggir Melbourne dan sesat serta panik apabila merempuh rumah Ahad lalu

“Sekurang-kurangnya ia kini berada di hutan, jauh daripada kereta, trak dan manusia,” kata sukarelawan Helen Round di media sosial

Australia memiliki 45 juta kangaroo dan bukan perkara luar biasa melihat haiwan itu berkeliaran di bandar raya seperti Canberra yang dikelilingi hutan

http://www.hmetro.com.my/global/2018/08/363697/kangaroo-tertekan-lari-kurungan
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,163
Reaction score
1,531
Points
596
kesian dia

moga Allah permudahkan kangaroo tue aaamiinnn
 
Sponsored Post
Top
Log in Register