BTC USD 59,431.5 Gold USD 1,802.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kandungan subjek pendidikan seks perlu mudah difahami: IKIM

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersetuju dengan pelaksanaan subjek Pendidikan Seks di sekolah dengan syarat isi kandungannya mudah difahami selain bersesuaian dengan situasi masa kini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pihak yang pakar dalam bidang itu untuk menentukan bila subjek seks perlu dilaksanakan dan tahap usia yang sesuai untuk didedahkan subjek berkenaan. “Kerajaan apabila nak buat sesuatu dasar, ia dilakukan begitu halus dan terperinci. Tidak timbul setuju atau tak setuju, sebab sekarang orang boleh akses maklumat dalam internet dan pornografi dengan mudah. “Pendidikan seks yang memberi kefahaman itu penting, jadi pelajar perlu diberi penerangan. Dengan cara itu, baru kita boleh meningkatkan kefahaman mereka dari segi kesihatan dan emosinya.

“Kita perlu beri penerangan supaya mereka tahu mengenainya dan ini juga adalah satu proses dalam kehidupan, tetapi masyarakat melihat perkara ini suatu yang negatif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Muzakarah Pakar Menangani Zina dan Pembuangan Bayi’ dikalangan remaja dan pelajar sekolah di sini, semalam.

Nik Mustapha berkata, perkara penting sekarang ialah bagaimana cara terbaik untuk semua pihak menerangkan kepada mereka mengenai subjek itu supaya penyampaiannya nanti lebih jelas, berkesan dan mudah difahami pelajar.

Beliau juga berharap pengajaran subjek dapat memberi kefahaman kepada murid mengenai pentingnya institusi kekeluargaan yang perlu dipertahankan.
Berucap merasmikan muzakarah itu, Nik Mustapha berkata, perlakuan zina dan pembuangan bayi perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Cari puncanya dari pelbagai aspek... apa sebabnya berlaku di kalangan pelajar sekolah, dan bagaimana mengurangkannya kerana ia merosakkan kestabilan dan keharmonian masyarakat kerana institusi keluarga, institusi yang penting, untuk menyelamatkan generasi masa depan,” katanya.
 
Sponsored Post

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,593
Reaction score
60
Points
120
jangan budak2 amali untuk mudah difahami sudah...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
319,233
Reaction score
15,748
Points
2,376
jgn lak budak2 silap paham lak pasal subjek tu
hari2 mau belajar subjek tu je
 

aznor59

Active+ Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
dalam pendidikan islam kan ade....cara mandi hadas besar...tu semua pendidikan seks lah..


kalo macam tu cikgu yang mengajar tu tak leh yang bujang...
 

FwiMfi

Active Member
Joined
Sep 21, 2010
Messages
1,413
Reaction score
9
Points
25
kalw nk mudah kne bnyk kn latihan praktikal dari amali...
baru mudah dan cepat difahami....
:D:D:D:D:p:p
 

munshiahmad

Junior Member
Joined
Dec 17, 2010
Messages
82
Reaction score
0
Points
6
ape yg pasti, kelas musti penuh punye, xkan ada yg ponteng lg kelas ni, kehadiran 100%, kelas lain biasa la, ponteng manjang.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register