- Joined
- Apr 8, 2007
- Messages
- 22,690
- Reaction score
- 361
- Points
- 131
Bayi tiada dalam rahim, Kandungan berusia sembilan bulan didakwa ‘hilang’
Oleh Ridzuan Ahmad
[email protected]
ALOR STAR: Aneh dan misteri. Itu ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan kejadian yang menimpa seorang wanita apabila kandungannya didakwa hilang biarpun sudah berusia sembilan bulan.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Isnin lalu, Nurul Shuhada Mat Isa, 20, yang melakukan imbasan terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di sini, terkejut apabila doktor mengesahkan bayinya tiada dalam kandungannya.
Lebih mengejutkan, semua buku pemeriksaan dan laporan kesihatannya sepanjang sembilan bulan lalu ketika mengandungkan bayi berkenaan juga hilang sebaik doktor mengesahkan kejadian itu.
Nurul Shuhada dari Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini berkata, dia sukar menerima kenyataan apabila bayi sulung yang dikandungnya hilang sekelip mata.
Katanya, penantian selama dua tahun bersama suami, Mohd Fazli Samsudin, 27, untuk menimang cahaya mata pada awal bulan ini lebur apabila doktor sebuah pusat perubatan swasta mengesahkan tiada bayi dalam rahimnya selepas beberapa kali membuat imbasan.
Difahamkan, Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera di Kuala Lumpur dan dijangka melahirkan anak pada 29 November lalu.
apa komen anda???