BTC USD 28,134.9 Gold USD 1,979.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak tersembam dalam baldi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Che Sham menunjukkan contoh baldi tempat Muhammad Adam bermain hingga hampir lemas.
< 1 / 1 >
POKOK SENA - Seorang kanak-kanak berusia setahun hampir lemas selepas terjatuh dalam baldi di rumahnya, di Kampung Mata Air, Bukit Payung, dekat sini semalam.

Saksi yang juga jiran mangsa, Che Sham Hussin, 53, berkata, dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa, Muhammad Adam Razin Abdul Razak dipercayai bermain sendirian dalam bilik air ketika ibunya keluar ke hadapan rumah bagi mengambil barang.

Katanya, dia terkejut apabila mendengar ibu Muhammad Adam menjerit meminta tolong.

Che Sham berkata, pada masa itu, dia sedang berkebun di hadapan rumah dan terus berlari ke rumah jirannya itu untuk memberi pertolongan.

"Apabila sampai, saya dapati Muhammad Adam sudah tidak sedarkan diri dan lembik serta wajahnya bertukar kebiruan dalam dukungan ibunya. Ibunya menangis dan meminta saya melakukan sesuatu bagi memberi pertolongan kepada anaknya itu.

"Bimbang keadaan bayi itu yang semakin tenat, saya meminta anak saya menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital," katanya.

Che Sham berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen mengenai kejadian itu.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register