Kanak - Kanak Terkena Lebih 60 Sengatan Tebuan Maut

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,434
Reaction score
3,336
Points
236
Dua Beradik Cedera Di Sengat Tebuan, Seorang Kritikal

31.05.2020 - Kuala Terengganu, Dua beradik dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipercayai disengat tebuan manakala seorang daripadanya kritikal dalam kejadian di sekitar bukit berhampiran rumah mereka dekat Felda Kerteh 4 di Dungun, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.00 petang itu, mangsa, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, dan adiknya Muhamad Azib, 6, sedang bermain dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun.

Ibu mangsa, Rohayu Mat Lazim, 39, berkata secara tiba-tiba anak lelakinya meluru masuk ke rumah dalam kesakitan dan bengkak pada bahagian badan dipercayai akibat sengatan tebuan.

"Dia berlari masuk beritahu kakaknya teruk disengat tebuan. Keadaan Nur Nazihah masa itu sangat lemah...semasa kejadian, suami saya tiada di rumah sebab bekerja, jadi saya bawa kedua-dua mereka ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut...dalam pukul 8.00 malam tadi, anak-anak saya dirujuk pula ke HSNZ," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Rohayu berkata beliau dan suaminya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, sering mengingatkan anak mereka agar tidak bermain di kawasan itu disebabkan kewujudan sarang tebuan itu baru-baru ini.

"Tidak tahu macam mana petang tadi mereka boleh bermain sampai ke situ...ketika kejadian, kanak-kanak lain sempat lari tapi Nur Nazihah tersangkut di pagar...jadi dia yang kena sengat paling banyak, hampir 60 sengatan.

"Doktor beritahu organ dalaman Nur Nazihah terjejas dan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik...namun adiknya sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan keadaannya stabil," katanya sebak.

Rohayu berkata kejadian itu berlaku sepantas kilat dan tidak menyangka tragedi itu menimpa anak ketiga dan keempat daripada lima beradik itu memandangkan mereka tidak pernah bermain di kawasan tersebut dan berharap kedua-dua anaknya sembuh secepat mungkin.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1846423
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,533
Reaction score
11,370
Points
2,376
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang kritikal akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan di Dungun, Terengganu semalam, disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa Nur Nazihah Mohd Sabri meninggal dunia pada 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

#AlFatihah

 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,434
Reaction score
3,336
Points
236
Kanak - kanak Terkena Lebih 60 Sengatan Tebuan Maut

31.05.2020 - Kuala Terengganu, Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang kritikal akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa Nur Nazihah Mohd Sabri meninggal dunia pukul 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata kematian mangsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan tebuan.

"Mangsa yang dimasukkan ke HSNZ pada 9.17 malam semalam dari Hospital Dungun mempunyai 65 kesan sengatan tebuan," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa Rohayu Mat Lazim, 39, ketika dihubungi Bernama berkata jenazah anak ketiga daripada lima beradik itu dibawa pulang ke Kerteh dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kerteh 5, di Dungun pagi ini.

"Sedih sangat, tidak sangka hilang anak sekelip mata namun saya reda dengan ujian Allah ini. Seorang lagi anak masih dalam pemantauan doktor di HSNZ... semoga dia cepat sembuh seperti biasa," katanya sebak.

Semalam, Bernama melaporkan dua beradik, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, terpaksa dikejarkan ke HSNZ, selepas terkena sengatan tebuan dalam kejadian kira-kira 3 petang di kawasan berbukit berhampiran rumah mereka di Felda Kerteh 4, Dungun.

Ibu mangsa berkata Nur Nazihah dan adiknya, Muhamad Azib, 6, sedang bermain-main dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun.

Kejadian disedari apabila anak lelakinya itu meluru masuk ke rumah dalam kesakitan dan memberitahu kakaknya teruk disengat tebuan.

Rohayu menghantar kedua-dua anaknya ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan dan seterusnya ke HSNZ tidak lama selepas itu.


Screenshot-1618.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...bih-60-sengatan-tebuan-meninggal-dunia-245001
 

tm_40

Fun Poster
Joined
Oct 18, 2007
Messages
441
Reaction score
19
Points
25
Innalillahiwainnailaihirojiun kesian adik kecil 😭
 

Kelulut madu

Fun Poster
Joined
May 1, 2018
Messages
710
Reaction score
84
Points
30
Innalillahiwainnailaihirojiun
Ank syurga yg akn bntu ibu ayh
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,410
Reaction score
1,928
Points
206
innalillah.png


takziah kepada keluarga mangsa.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,434
Reaction score
3,336
Points
236
BOMBA Musnah Sarang Tebuan Ragut Nyawa Nur Nazihah

01.06.2020 - Paka, Anggota bomba dan penyelamat memusnahkan sarang tebuan yang menyebabkan kematian Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd Rezuan Adnan berkata, kerja memusnahkan sarang tebuan terbabit dilakukan kira-kira 10 malam.

Menurutnya, seramai empat anggota ditugaskan menjalankan kerja pemusnahan terbabit dan dilakukan pada waktu malam bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Sebelum itu kita menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan mendapati hanya terdapat satu sarang tebuan dan kita musnahkan," katanya.

Mohd Rezuan berkata, pihaknya turut bersedih dengan kejadian yang menimpa Nur Nazihah dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Kami bersimpati dan sedih kerana kejadian yang menimpa adik Nur Nazihah dan kes ini pertama berlaku di Paka yang membawa kematian," katanya.

Katanya, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, pihaknya memusnahkan lima sarang tebuan.

"Sepanjang tahun lalu, kita berjaya memusnahkan 16 sarang manakala 25 sarang dimusnahkan pada 2018.

"Kita meminta orang ramai segera melaporkan kepada bomba apabila terjumpa sarang tebuan bagi memudahkan pihak kami bertindak dengan pantas," katanya.

Dalam kejadian 3 petang, 29 Mei lalu, Nur Nazihah, 8, dan adiknya, Muhammad Azib, 6, disengat tebuan ketika bermain bersama seorang lagi kakak mereka berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran kediaman mereka di Felda Kerteh 4.

Mangsa disahkan meninggal jam 1.35 pagi 31 Mei ketika diberi rawatan di Hospital Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, adiknya masih menerima rawatan di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil.

Screenshot-1671.jpg


Screenshot-1672.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/584609/bomba-musnah-sarang-tebuan-ragut-nyawa-nur-nazihah
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,239
Reaction score
411
Points
131
aku tgk sarang tebuan tu je pun dah berderau darah

baru gambar tu
 

kai2020

Super Active Member
Joined
May 14, 2006
Messages
6,043
Reaction score
821
Points
111
Hoho jgn main2 dgn tebuan ni, sape duk kg, ade kebun getah readyla. Aku masa kecik main meriam, x perasan ada sarang atas pokok...nahh mujur dpt lari tp kena 8 sengatan la kt kepala. Pengsan terus, mujur nenek tau petua org lama2, lumur dgn kapur je kt pala...nk pegi spital klinik mmg x smpat la..jauh..huhu.

Ada sekali tu, x perasan sarang dh jatuh..mujur dpt lari kt tmpat bakar smpah. Start tu aku mmg selalu cek kwsn keliling, lebah x risau sgt, untung2 dpt madu tp tebuan ni jgn main2...dia akan attack kepala dulu..bisa dia meremang woo walau kena sekor je haha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register