Kanak - Kanak Tercampak Keluar Dari Kereta Ke Tengah Lebuhraya

CG Sponsors




opin

Active+ Member
Joined
Apr 4, 2012
Messages
2,815
Reaction score
162
Points
33
muda lagi pemandu myvi tu, kalau parent tu saman, lagi haru suspek.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,215
Reaction score
8,499
Points
1,746
Free Malaysia Today
1 min ·
Nabil Hariz Jefridin dan B Thayalan didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak 2 tahun tercampak keluar daripada kenderaan di tengah lebuh raya pada minggu lalu.


2 mengaku tak bersalah dalam kes bayi tercampak keluar kereta
Bernama
-
February 18, 2020 2:37 PM



Nabil Hariz Jefridin (kiri) dan B Thayalan hadir di Mahkamah Majistret Rembau hari ini. (Gambar Bernama)

REMBAU: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki 2 tahun tercampak keluar daripada kenderaan di tengah lebuh raya pada awal bulan ini.

Tertuduh, Nabil Hariz Jefridin, 23, dan B Thayalan, 20, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di depan Majistret Tan Chai Wei.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memandu kereta masing-masing secara berbahaya di laluan Ayer Keroh ke Senawang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 3.21 petang 10 Feb lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun dan denda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh, bagaimanapun peguam Muhammad Farhan Ahmad Fadzil yang mewakili Nabil Hariz memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya ialah pelajar universiti dan tidak mempunyai pendapatan.

Thayalan yang tidak diwakili peguam turut memohon jaminan rendah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua tertuduh membayar jaminan itu.

Pada 10 Feb lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan nyaris maut kerana tercampak keluar daripada kenderaan dinaiki bersama keluarganya yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan di Lebuhraya PLUS berhampiran Senawang.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,248
Reaction score
1,672
Points
206
Menggelabah betul BBNU ni atas highway nak berlumba.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register