Kanak - Kanak Tercampak Keluar Dari Kereta Ke Tengah Lebuhraya

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,464
Reaction score
8,594
Points
1,746


"Dia Tak Guna Car Seat, Sebab Itu Bayi Itu Tercampak!" - Anthony Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke meluahkan rasa kesal kerana masih ada ibu bapa yang tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta.

"Bayangkan apa yang akan terjadi kepada kanak-kanak itu kalau kereta belakang tak sempat berhenti? Keluarga itu bertuah kerana anak mereka masih hidup. Bayangkan apa-apa yang terjadi, adakah mereka ini tak kesal?"

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan mengenai kejadian kanak-kanak berumur dua tahun tercampak dari kereta dalam kemalangan yang tular di media sosial kelmarin.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,065
Reaction score
3,012
Points
236
Anthony xboleh bezakan antara bayi dan kanak2, lepastu dah sumbat 5 orang dalam Honda Civic dan nak letak car seat pulak, dia ingat Civic tu MPV ke .. tu lah bila dah pakai Vellfire selalu xtau rupa sedan macamana ..

:D
 

mrcreator

Fun Poster
Joined
May 23, 2016
Messages
232
Reaction score
48
Points
20


"Dia Tak Guna Car Seat, Sebab Itu Bayi Itu Tercampak!" - Anthony Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke meluahkan rasa kesal kerana masih ada ibu bapa yang tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta.

"Bayangkan apa yang akan terjadi kepada kanak-kanak itu kalau kereta belakang tak sempat berhenti? Keluarga itu bertuah kerana anak mereka masih hidup. Bayangkan apa-apa yang terjadi, adakah mereka ini tak kesal?"

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan mengenai kejadian kanak-kanak berumur dua tahun tercampak dari kereta dalam kemalangan yang tular di media sosial kelmarin.
Laju pulak dia bersuara. Yang mabuk langgar orang sampai mati, apa komen?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,464
Reaction score
8,594
Points
1,746
Kanak-kanak tercampak: Loke harap tiada lagi persoal penggunaan kerusi keselamatan

February 13, 2020 2:23 PM


Pada Isnin seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun nyaris maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama keluarga di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Senawang.

KLANG: Kementerian Pengangkutan berharap tiada lagi suara yang mempersoalkan keputusan kerajaan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bagi kenderaan persendirian.

Perkara itu ditegaskan menterinya Loke Siew Fook susulan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun nyaris maut selepas tercampak keluar dari sebuah kenderaan baru-baru ini.

Katanya, kejadian itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa supaya memandang serius insiden terbabit supaya ia tidak berulang jika semua pihak peka akan pentingnya CRS.

“Ia tidak guna kerusi keselamatan kanak-kanak sebab itu tercampak. Saya harap ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya tidak mempersoalkan lagi keperluan kerusi keselamatan kanak-kanak ini. Kes ini satu pengajaran penting buat semua.

“Sebab itu kita perkenalkan kerusi keselamatan kanak-kanak. Sebabnya kemalangan melibatkan pelbagai faktor. Aada netizen kata saya sibuk pasal kerusi keselamatan kanak-kanak, tetapi tidak sibuk tentang perkara lain,”katanya pada sidang media selepas melawat tapak pameran pemeriksaan awam projek ECRL 2 di ibu pejabat Lembaga Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Loke turut memaklumkan pihak yang terbabit menyebabkan kemalangan itu telah diambil tindakan sewajarnya.

“Saya difahamkan polis telah ambil tindakan dan memang patut pemandu itu dikenakan tindakan sewajarnya. Bayangkan apa akan terjadi kepada bayi itu kalau kenderaan di belakang tidak sempat berhenti. Bayi dan keluarga itu amat bertuah,”katanya.

Katanya, kementerian juga dalam usaha untuk memperketat peraturan bagi kesalahan memandu.

Pada Isnin seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun nyaris maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan lain di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Senawang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.21 petang di KM 235.5 yang menyaksikan kanak-kanak itu tercampak keluar dari kenderaan akibat pelanggaran dengan sebuah Perodua Myvi yang dipandu secara berbahaya.

Dalam pada itu Loke berkata,walaupun pihaknya menekankan soal pentingnya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, ia tidak bermakna isu-isu lain tidak diberikan penekanan, termasuk isu pemandu mabuk.

Katanya, Kabinet juga telah bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, di bawah pengaruh dadah serta memandu secara berbahaya.

Kementerian sedang menunggu draf pindaan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentang di Parlimen, katanya.

“Saya tidak boleh kata bila sebab perlu lihat tarikh draf itu boleh disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara. Kita akan cuba percepatkan pindaan rang undang-undang itu. Kita nak pinda undang-undang sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan

“Selagi belum ada bacaan kali pertama (di Dewan Rakyat), kita tak boleh kata bila. Saya harap ia boleh dipercepatkan, tetapi ada pelbagai faktor. Pertama perlu ada draf, kemudian dibentangkan kepada Kabinet, baru boleh bawa ke Parlimen, selain itu perlu tunggu giliran,”katanya.

 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,385
Reaction score
2,087
Points
141
ada 3 kanak2, jenuh nk letak 3 baby-car-seat..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
58,464
Reaction score
8,594
Points
1,746
Laju pulak dia bersuara. Yang mabuk langgar orang sampai mati, apa komen?

mr creator, pindaan undang undang utk naikkan hukuman pemandu mabuk nanti bulan depan


Pindaan undang-undang tingkat hukuman pemandu mabuk dipercepat
Duration: 00:53 2 hrs ago


Pindaan undang-undang atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mempertingkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk akan dibawa ke Parlimen bulan depan. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihaknya akan cuba mempercepatkan proses pindaan rang undang-undang itu. Namun ia bergantung kepada Jabatan Peguam Negara sekiranya dapat menyediakan draf pindaan undang-undang tersebut untuk sesi Parlimen Mac ini.

 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,788
Reaction score
419
Points
81
Anthony xboleh bezakan antara bayi dan kanak2, lepastu dah sumbat 5 orang dalam Honda Civic dan nak letak car seat pulak, dia ingat Civic tu MPV ke .. tu lah bila dah pakai Vellfire selalu xtau rupa sedan macamana ..

:D
Apa yg dia tau, dia ingat org malaysia semua kaya raya
 

radi4042

Fun Poster
Joined
Nov 12, 2011
Messages
711
Reaction score
28
Points
30
Pjg lg umur budakni. Dlm.keadaan biasa2 belah kanan kete laju...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register