BTC USD 23,363.8 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-Kanak Sindrom Down (Bella) Disyaki Mangsa Dera Rumah Kebajikan

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,996
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
28,996
Reaction score
5,043
Points
486
Awards
1
Kemenangn buat adik Bella makin hampir

Siti Bainun masuk wad kerana hidap pneumonia​

KUALA LUMPUR: Siti Bainun Ahd Razali yang sepatutnya mula membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella, dimasukkan ke hospital minggu lalu kerana menghidap pneumonia dan dijadual menjalani pembedahan endoskopik.

Pengasas Rumah Bonda itu dijadual memberi keterangan bela diri di Mahkamah Sesyen di sini pada hari pertama perbicaraan sehingga 9 Disember ini.

Terdahulu, peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor ketika memohon penangguhan perbicaraan memaklumkan, Siti Bainun, 31, dimasukkan ke wad sejak 28 November lalu kerana menghidap pneumonia.

Sementara itu, Hakim Izralizam Sanusi memohon penjelasan berhubung keadaan kesihatan Siti Bainun kerana surat yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan tertuduh sepatutnya menjalani pembedahan Sabtu lalu.

Menurut Nur’Aminahtul, pembedahan endoskopik pada 3 Disember belum dapat dilaksanakan kerana anak guamnya masih di bawah pengaruh antibiotik manakala pembedahan hempedu hanya boleh dilakukan selepas lima hari pembedahan pertama selesai.

Sementara itu, Nur’Aminahtul turut memberitahu wakil media, Siti Bainun mengambil masa selama enam minggu untuk pulih daripada pembedahan.

Keputusan permohonan itu akan diumumkan petang ini kerana mahkamah perlu meneliti dokumen tambahan termasuk surat cuti sakit daripada pihak hospital.

Pada prosiding itu, pasukan pembelaan turut memohon penangguhan atas alasan pihaknya telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi pada 25 November bagi mengkaji kedua-dua pertuduhan terhadap Siti Bainun.

Peguam bela memohon perbicaraan ditangguhkan sehingga permohonan semakan didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau berhujah, permohonan itu adalah berkaitan pertuduhan dan sebarang dapatan oleh Mahkamah Tinggi akan memberi implikasi kepada keseluruhan perbicaraan.

“Dapatan Mahkamah Tinggi akan memberi implikasi sama ada perbicaraan diteruskan atau sebaliknya atau sama ada terdapat perubahan pada pertuduhan atau apa-apa arahan yang sesuai,” jelas peguam.

Nur’Aminahtul turut memohon pertimbangan penangguhan bagi membolehkan pihaknya menyediakan pembelaan termasuk penyediaan saksi-saksi luar negara.

Menurutnya, salah seorang saksi melibatkan pakar dari London, United Kingdom manakala salah seorang saksi lagi sedang meneliti dokumen untuk penyediaan pernyataan saksi.

“Siti Bainun juga perlu menyediakan pernyataan saksinya dan ia tidak dapat dilakukan kerana anak guam dimasukkan ke wad pada 28 November lalu.

“Oleh itu kami memohon penangguhan atas tiga isu iaitu kesihatan tertuduh, proses temu bual saksi-saksi dan penyediaan pernyataan saksi-saksi pakar,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad membantah permohonan penangguhan atas alasan ia bersifat remeh, mengaibkan, menyusahkan dan bertujuan melengah-lengahkan perbicaraan kes.

Permohonan penangguhan itu bagaimanapun ditolak oleh mahkamah.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara Februari dan Jun 2021 di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – UTUSAN
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,729
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,729
Reaction score
26,799
Points
2,836
Awards
2

Pulak dah
Ingatkan sambung perbicaraan
Ni dah macam kes Wak Jahid pula
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,729
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,729
Reaction score
26,799
Points
2,836
Awards
2

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh​

07 DEC 2022
A⁻A⁺

2014409.jpg

Siti Bainun

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari bermula 28 November kerana masalah kesihatan.

Hakim Izralizam Sanusi dijangka menetapkan tarikh itu Jumaat ini selepas peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor memaklumkan Siti Bainun dijangkiti bakteria dan perlu mengambil antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu.

“Jangkitan itu dikesan hasil daripada prosedur perubatan diagnostik atau endoskopi serta ujian darah di sebuah hospital pada Selasa.

“Siti Bainun telah dibenarkan keluar dari hospital malam tadi (Selasa) dan telah diberikan MC dari 28 November hingga 19 Disember ini.

“Anak guam saya juga perlu kembali semula ke hospital pada 15 Disember untuk rawatan susulan manakala 20 Disember bagi menentukan sama ada pembedahan hempedu terhadapnya dapat diteruskan atau tidak,” kata peguam itu semasa sebutan kes tersebut pada Rabu.

Pada 24 November lepas, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pula memohon kepastian berkaitan keadaan sebenar Siti Bainun.

“Kami bukan doktor untuk memahami laporan kesihatan kerana ia mempunyai banyak terma saintifik. Sebab itu kami mohon doktor dipanggil memberi keterangan mengenai laporan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Izralizam berkata tiada keperluan untuk memanggil doktor untuk memberi keterangan mengenai perkara itu dan mahkamah membenarkan penangguhan kerana tertuduh tidak sihat serta diberikan MC.

Isnin lepas, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bermula pada 5 Disember kerana Siti Bainun dimasukkan ke wad akibat pneumonia (radang paru-paru).

Nur'Aminahtul Mardiah berkata, pihaknya memohon untuk mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pembelaan dan memanggil semula tiga saksi.

Siti Bainun, 30, didakwa mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,729
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,729
Reaction score
26,799
Points
2,836
Awards
2

Permohonan semakan Siti Bainun didengar 4 Januari​

08 DEC 2022
A⁻A⁺

2015108.jpg

Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Januari untuk mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Siti Bainun supaya dua pertuduhan dihadapinya disemak semula.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 4 Januari untuk mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Siti Bainun Ahd Razali supaya dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella yang dihadapinya disemak semula.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili pengasas Rumah Bonda itu memberitahu mahkamah bahawa bantahan awal yang difailkan oleh pendakwaan pada 1 Disember lepas telah diserahkan kepada pembelaan pada 5 Disember.

Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing dalam tempoh dua minggu.

Dalam notis usul yang difailkan pada 30 November lepas dengan menamakan Pendakwa Raya selaku responden, Siti Bainun memohon untuk menyemak dua pertuduhan tersebut apabila Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi tidak mempertimbangkan isu berkenaan pertuduhan-pertuduhan itu yang didakwa defektif (cacat) dan prejudis ketika memerintahkannya membela diri.

Siti Bainun selaku pemohon mendakwa, perintah Hakim Mahkamah Sesyen itu untuk memanggilnya membela diri pada 24 Nov lepas adalah batal dan tidak sah kerana gagal menilai kecacatan pertuduhan-pertuduhan di dalam penghakiman yang dibacakan di mahkamah terbuka pada hari berkenaan (24 Nov).

Sebelum itu, Nur'Aminahtul Mardiah memberitahu mahkamah bahawa kehadiran anak guamnya dikecualikan hari ini kerana dia diberi sijil cuti sakit selama 22 hari bermula 28 Nov kerana masalah kesihatan.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, perbuatan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias. -Bernama

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Siti Bainun Gagal Dapatkan Rakaman Percakapan Saksi

09.12.2022 - Kuala Lumpur, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak permohonan Siti Bainun Ahd Razali bagi mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pembelaan dalam prosiding bela diri pengasas Rumah Bonda itu. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati rakaman percakapan saksi-saksi tersebut yang dibuat oleh pihak polis semasa siasatan adalah terlindung.

"Selain itu, kenyataan (rakaman percakapan) tersebut tidak boleh diterima dalam keterangan kecuali untuk tujuan mencabar kebolehpercayaan saksi di bawah Seksyen 155 Akta Keterangan 1950 dan Seksyen 113(2) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan beberapa pengecualian yang lain,” katanya.

Izralizam berkata, saksi-saksi yang ditawarkan pendakwaan adalah tersedia dan boleh ditemu bual oleh pihak pembelaan, jadi tidak akan berlaku salah laksana keadilan.

"Saya dengan ini menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 KPJ bagi kesemua 15 saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan,” katanya.

Bagi permohonan pihak pembelaan untuk memanggil semula tiga saksi pendakwaan, Izralizam berkata, beliau akan mempertimbangkan permohonan tersebut dan meminta pihak pembelaan memuktamadkan tujuan serta alasan untuk memanggil saksi berkenaan.

"Mahkamah mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk meneliti permohonan tersebut jika mendapati ia untuk melengahkan proses bicara, remeh dan menyusahkan atau sebaliknya. Perintah akan dibuat selepas saya memperoleh dan meneliti senarai saksi yang lengkap berserta tujuan serta alasan untuk memanggil semula saksi-saksi tersebut. Kedua-dua pihak mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian kerana perbicaraan kes ini akan bermula tahun depan,” katanya.

Tiga saksi berkenaan ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, Pegawai Penyiasat Bahagian Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asistan Superintenden Rohaini Baharom dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur. Izralizam kemudian menetapkan perbicaraan kes itu berlangsung selama 25 hari iaitu pada 5, 6, 16, 17, 18, 19, 20, 26 dan 27 Januari 2023; 20, 21, 22, 23, 24, 27 dan 28 Febuari 2023 serta 6, 7, 8, 9, 10, 27, 28, 29 dan 30 Mac 2023. Pada 24 November lepas, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.​

1670581524401.png
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,326
Points
2,866
Awards
1
Mahkamah tangguh dua hari prosiding bela diri Siti Bainun #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../mahkamah-tangguh-dua.../

Mahkamah tangguh dua hari prosiding bela diri Siti Bainun​

4 January 2023

MGF04012023_PENDENGARAN-KES-BAINUN02-681x454.jpg

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hadir ke mahkamah bagi pendengaran bantahan kes membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan penangguhan perbicaraan selama dua hari bagi kes penderaan kanak-kanak yang dihadapi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Prosiding bela diri sepatutnya bermula hari ini.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan penangguhan sementara permohonan Siti Bainun untuk menyemak semula pertuduhan.

“Keputusan semakan pertuduhan dan bantahan pihak pendakwaan terhadap semakan itu akan saya putuskan pada 13 Januari ini,” katanya hari ini.

Pada prosiding, peguam mewakili Siti Bainun, P G Cyril memberitahu mahkamah bahawa seseorang hakim mempunyai budi bicara untuk menerima semakan itu atau sebaliknya dan pihaknya bergantung kepada hujahan bertulis yang difailkan berhubung alasan permohonan.

Pembelaan juga memberitahu pihaknya perlu memaklumkan perkembangan kes di Mahkamah Sesyen hari ini kerana bicara bela diri bermula esok.

“Sebab itu kami mohon ia digantung sementara,” kata P G Cyril.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad membantah penangguhan itu mengikut afidavit jawapan difailkan sebelum ini dan salinan hujahan bertulis yang sudah diserahkan kepada pihak berkaitan.

Susulan itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi pada sebutan kes ketika membuat keputusan untuk melapangkan prosiding bela diri oleh Siti Bainun pada tarikh yang dijadualkan.

Beliau juga menetapkan 13 Januari untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memaklumkan Mahkamah Sesyen mengenai perkembangan perkara itu.

“Semua pihak juga perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai lima isu, termasuk panggil semula saksi pendakwaan, panggil saksi lain yang ditawarkan oleh pendakwaan kepada pembelaan dan pernyataan saksi Siti Bainun,” katanya.

Pada 9 Disember lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh perbicaraan bela diri Siti Bainun selama 25 hari iaitu 5, 6, 16 hingga 20, 26 dan 27 Januari, diikuti 20 hingga 24, 27 dan 28 Februari dan 6 hingga 10 serta 27 hingga 30 Mac.

Dalam notis usul difailkan 30 November lalu yang menamakan pendakwa raya selaku responden, Siti Bainun memohon menyemak dua pertuduhan kerana mendakwa hakim Mahkamah Sesyen tidak mempertimbangkan pertuduhan disifatkan defektif atau cacat dan prejudis ketika memerintahkannya membela diri.

Pengasas Rumah Bonda itu juga mendakwa perintah hakim itu untuk memanggilnya membela diri pada 24 November lalu adalah batal dan tidak sah kerana gagal menilai kecacatan pertuduhan dalam penghakiman yang dibacakan di mahkamah terbuka pada hari berkenaan.

Siti Bainun diarah membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara Februari hingga Jun 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sakit kesalahan, tertuduh akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan yang bermula 30 Mac 2022. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Top
Log in Register