BTC USD 23,342.2 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-Kanak Sindrom Down (Bella) Disyaki Mangsa Dera Rumah Kebajikan

QIPIDELANA

Legendary Member
gem
Messages
11,396
Joined
Dec 13, 2012
Messages
11,396
Reaction score
618
Points
176
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Siti Bainun.
https://www.utusan.com.my/.../siti-bainun-diperintah.../

Siti Bainun diperintah bela diri terhadap tuduhan abai, aniaya Bella​

WhatsApp-Image-2022-11-24-at-10.27.11.jpeg
SITI Bainun Ahd Razali hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi keputusan kes mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella. UTUSAN/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI.

  • 24 November 2022, 10:38 am

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi memutuskan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dipanggil membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Siti Bainun.

Mahkamah berpendapat, pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen yang terkandung dalam pertuduhan yang menyebabkan Bella mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Hakim berkenaan menerima keterangan saksi-saksi pendakwaan termasuk doktor pakar yang memeriksa dan merawat Bella bahawa kecederaan kanak-kanak itu bukan akibat perbuatan sendiri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Siti Bainun, 31, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara Februari dan Jun 2021 di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju di sini.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan menutup kes pada 28 Oktober lalu selepas memanggil 22 saksi memberi keterangan.
Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan termasuk pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Bella turut dipanggil memberi keterangan namun keterangan remaja perempuan itu dijalankan secara tertudup selama dua hari.

Bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima antara keterangannya menyatakan Bella pernah dipaksa makan lebih kurang 1,280 biji cili seminggu, makan seperiuk nasi bercampur cuka, cili, kunyit, kepingan cili, kicap manis, kicap masin dan garam.

Bella juga pernah dipaksa makan lima ketul paha ayam yang sudah busuk. –UTUSAN
Akhirnya..moga ke penjara.
 
Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Messages
4,206
Joined
Apr 17, 2014
Messages
4,206
Reaction score
56
Points
45

Screenshot_5.jpg

Peguam dilantik TMJ sedia bantu prosiding kes Bella​

JOHOR BAHRU: Kumpulan peguam pemerhati yang dilantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagi kes Bella sedia membantu pada prosiding pihak pembelaan, yang dijadualkan bermula 5 Disember depan.

Empat peguam terbabit iaitu Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam, Mohd Radzi Yatiman.

Menerusi suatu kenyataan daripada kumpulan peguam berkenaan, dimaklumkan ia susulan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur memerintahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, remaja perempuan sindrom Down.

"Kami menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua pihak terutamanya mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya dan peguam bela dalam memastikan kelancaran perbicaraan kes adik Bella sehingga akhir kes pendakwaan ini.

"Keutamaan perlu diberikan untuk kes ini memandangkan mangsa, yakni adik Bella tentunya mengalami trauma dari segi fizikal dan emosi lanjutan kecederaan yang dialami. Kami mahu adik Bella ini meneruskan kehidupan baharu secepat mungkin.

"Sesungguhnya keadilan bagi kes ini perlu diperoleh segera supaya ibu bapa dan atau penjaga khususnya terhadap anak kurang upaya memandang serius terhadap aspek kebajikan anak-anak dalam peliharaan mereka," katanya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, di akhir kes pendakwaan.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, di antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita Harian
 
imzza

Active+ Member
Messages
4,206
Joined
Apr 17, 2014
Messages
4,206
Reaction score
56
Points
45

Screenshot_5.jpg

'Tamatkan segera Syed Azmi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak KL, Pemegang Amanah YKN'​

PUTRAJAYA: Badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan kumpulan aktivis 'Justice For Bella' menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Gesaan itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Ketua Pengarah JKM, Shaharuddin Abu Sohot yang antara lain turut meminta siasatan dan pendakwaan ke atas Rumah Bonda dilakukan segera.

Ketua kumpulan aktivis terbabit, Mona Din, berkata sebelum ini pihaknya sudah menyerahkan memorandum kepada bekas Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.

Beliau berkata, pihaknya berharap menteri dan kepimpinan baharu yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi tumpuan kepada isu membabitkan kebajikan kanak-kanak supaya perkara sama tidak berlaku kepada pihak lain pada masa depan.

Katanya, peranan Syed Azmi sebagai penasihat Rumah Bonda dianggap tidak berintegriti kerana ia boleh menjejaskan imej kerajaan bagi memastikan tiada konflik kepentingan dalam mana-mana kes didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

"Memandangkan Syed Azmi juga adalah penasihat dan pengasas bersama Rumah Bonda, jadi terdapat konflik kepentingan dalam peranan beliau sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akan timbul unsur berat sebelah membabitkan kes penganiayaan adik Bella," katanya.

Memorandum itu disediakan pensyarah dan aktivis kanak-kanak, Muhamad Firdaus Ibnil Hajar bersama dua peguam yang juga aktivis kanak-kanak, Fatihah Jamhari dan Megat Syazlee Mokhtarum susulan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dituduh mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Memorandum diserahkan kepada Shaharuddin pada pertemuan kumpulan aktivis 'Justice For Bella' di sini, petang semalam.

Yang turut hadir, peguam pemerhati bagi kes Bella, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Dekan Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Universiti Saito, Asnizah Hairun Nizah dan Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi.

Mona berkata, pihaknya turut mengadakan petisyen secara dalam talian mendesak penamatan pelantikan Syed Azmi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak 1 April lalu.

Beliau berkata, sehingga semalam, pihaknya menerima 115,000 sokongan susulan kes penyeksaan yang dilakukan ke atas Bella.

Katanya, memorandum itu juga turut mendesak JKM memperkukuh akta eksploitasi kanak-kanak dari semua segi, menyemak keperluan Sijil Asuhan Permata, mengadakan talian khas untuk kanak-kanak dan babitkan sukarelawan Skuad Waja sebagai pemantau kanak-kanak dalam komuniti.

Berita Harian
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,729
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,729
Reaction score
26,798
Points
2,836
Awards
2

Siti Bainun gagal gantung prosiding bela diri abai, aniaya Bella​

olehNOOR AZLIDA ALIMIN
05 Disember 2022 02:36pm
Masa membaca: 3 minit

2011315.jpg

Siti Bainun Ahd Razali

KUALA LUMPUR – Siti Bainun Ahd Razali gagal dalam permohonan untuk menggantungkan prosiding bela diri mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down dikenali Bella di Mahkamah Sesyen di sini sementara menunggu pendengaran permohonan semakan notis usul, di Mahkamah Tinggi.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Pengasas Rumah Bonda itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Berdasarkan alasan yang dinyatakan oleh pembelaan, tiada keadaan khas atau istimewa, membolehkan prosiding ini ditangguhkan,” katanya.

Ketika membaca keputusan ringkasnya, Izralizam berkata, Siti Bainun selaku pemohon perlu menunjukkan wujudnya keadaan khas, bagi membolehkan perintah penggantungan prosiding diberikan.

Beliau berkata, setelah meneliti notis usul, affidavit sokongan, jawapan pendakwaan dan hujahan bertulis pemohon bertarikh 5 Disember, mahkamah berpendapat bahawa isu-isu relevan yang ditimbulkan pemohon, perlu dirujuk.

Menurutnya, tertuduh menyatakan permohonan di mahkamah tinggi melibatkan pihak-pihak yang sama dan isu yang serupa, perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum prosiding bela diri di mahkamah sesyen bermula.

“Pertuduhan terbabit adalah tidak cacat atau memperjudiskan tertuduh, maka jelas dakwaan tertuduh bahawa mahkamah tidak mempertimbangkan pertuduhan itu adalah tidak berasas dan mengelirukan.

“Oleh demikian, permohonan (Siti Bainun) itu, ditolak,” katanya.

Semasa prosiding, Nur A'minahtul Mardiah berkata, penggantungan kes ini wajar diberi kerana ia tidak prejudiskan mana-mana pihak.

Ini kerana beliau berkata, isu yang difailkan di mahkamah tinggi, adalah berkaitan pertuduhan terhadap Siti Bainun.

Katanya, notis usul telah difailkan pada Rabu lalu, maka bagi memastikan keadilan kepada tertuduh, pendengaran di mahkamah tinggi perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum pihak-pihak meneruskan prosiding pendengaran kes di mahkamah ini.

“Jika mahkamah tinggi membuat sebarang dapatan terhadap pertuduhan, ia akan memberi implikasi kepada keseluruhan perbicaraan kes ini.
“Bermakna ia akan beri implikasi sama ada pertuduhan itu akan diteruskan atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad membantah permohonan tersebut dengan alasan, tarikh perbicaraan ditetapkan lebih awal dan telah dipersetujui oleh pasukan pembelaan sendiri.

Menerusi affidavit yang difailkan pendakwaan selaku responden pada 2 Disember lalu, menegaskan bahawa, permohonan itu bersifat remeh, mengaibkan dan menyusahkan serta bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes.

“Responden juga menyatakan, notis usul dan afidavit sokongan oleh pemohon adalah tidak bermerit, maka saya dengan rendah diri memohon mahkamah menolak perkara tersebut,” katanya.

Pada 24 November lalu, Siti Bainun diperintah bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja sama.

Dalam pada itu, pembelaan turut memohon untuk menangguhkan perbicaraan kes ini kerana Siti Bainun dimasukkan ke hospital akibat penyakit Pneumonia.

Namun keputusan permohonan itu akan diputuskan petang ini.

Kemenangn buat adik Bella makin hampir
 
Sponsored Post

Top
Log in Register