BTC USD 23,365.3 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-Kanak Sindrom Down (Bella) Disyaki Mangsa Dera Rumah Kebajikan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,730
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,730
Reaction score
26,799
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1625587888679.jpg

๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฟ๐—ผ๐—บ ๐—ฑ๐—ผ๐˜„๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป

Tidak berperikemanusiaan, itulah gambaran perlakuan terhadap seorang kanak-kanak perempuan sindrom down di sini, yang dipercayai didera di sebuah rumah kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, setahun lepas.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata, kanak-kanak berusia 13 tahun itu berada di bawah jagaan Taman Sinar Harapan (TSH) Tuanku Ampuan Najihah di sini sejak tahun 2011, sebelum diserahkan kepada rumah kebajikan NGO berkenaan sebagai anak angkat, tahun lepas.

๐Ÿ“ธ Mona Din (Facebook)

Berita lanjut :

 
Video bella

Video bella

Aku tktau hgpa dh tgk ka blm

Atau kot2 dh ada kwn2 lain post video yg sama

Tp aku br dpt link ni dr wasap group

Aku yg jantan ni pn keluaq air mata tgk

Gila tk gila la gumuk tu punya keja

Video bella

Video bella

Ceq tolong paste balik bang


Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,730
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,730
Reaction score
26,799
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1625729742680.jpg

LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT!!!

Mohon Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) jalankan siasatatan dan tangkap bajingan yang mendera BELLA segera!!

Friends Of PDRM tolong support kempen ini.

Difahamkan whistleblower telah menerima LOD dan laporan polis terhadap whistleblower juga telah dibuat. Whistleblower buat benda betul! Bukan benda salah!

Jadi, ramai-ramai kita semua jadi whistleblower dan bagi public pressure untuk membela nasib Bella.

#Justice4bella
#JusticeForBella

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,730
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,730
Reaction score
26,799
Points
2,836
Awards
2

FB_IMG_1625729784812.jpg
FB_IMG_1625729786983.jpg


PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH BONDA JANGAN JADI โ€œSYAITANโ€ BISU!!!

Menurut laporan, Rumah Bonda diasaskan oleh Syed Azmi, Siti Bainun dan beberapa rakan mereka. Syed Azmi ialah seorang aktivis kanak-kanak dan Siti Bainun ialah Puteri Umno.

Syed Azmi menjadi pengasas dan penasihat Rumah Bonda, manakala Siti Bainun menjadi pengasas dan pengurus Rumah Bonda . Siti Bainun ini baru berusia 28 tahun, dia lahir tahun 1992.

Ketika adik Bella ditemui, dia berada di rumah Siti Bainun dalam keadaan yang sangat dahsyat yang Uncle pasti adalah didera. Siapa yang dera? Uncle taktau! Bagaimana Bella boleh berada dalam rumah Siti Bainun?

Kenapa tiada laporan polis dibuat sebelum ini jika Bella didera oleh orang lain? Bella selama ini di bawah jagaan Rumah Bonda dan lokasi video yang viral itu di rumah Siti Bainun seperti yang dilaporkan dalam laporan polis dalam posting yang Uncle share tadi.

Uncle difahamkan yang Siti Bainun telah menghantar LOD kepada whistleblower untuk menggertak dan mendiamkan masyarakat. Syed Azmi pula, secara tiba-tiba whatsapp/FBnya dihack dan menghilangkan diri.

Hairan bin ajaib. Semuanya ghaib!

#JUSTICE4Bella
#JusticeForBella

 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
165,804
Top Poster #7
Joined
Jan 13, 2009
Messages
165,804
Reaction score
22,750
Points
1,831
Awards
1
Kenyataan Media

Penjelasan bahawa Rumah Bonda Tidak Terlibat Dalam Kes Penderaan Adik Bella

Assalamualaikum WBT & Salam Hormat,
Sebagai Penasihat Rumah Bonda Kuala Lumpur, izinkan saya dengan rendah diri berkongsi beberapa penjelasan mengenai isu penderaan adik Bella yang sedang tular di media massa dan media sosial sejak kebelakangan ini.
Pertama sekali, umum mengetahui bahawa penghuni Rumah Bonda terdiri daripada remaja hamil dan remaja yang memerlukan perlindungan dan bimbingan. Walau bagaimanapun, adik Bella bukanlah salah seorang daripada penghuni yang duduk di Rumah Bonda. Sebaliknya, saya difahamkan bahawa adik Bella duduk bersama penjaga beliau di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Ketika lawatan-lawatan saya ke Rumah Bonda untuk berjumpa penghuninya sejak tahun lalu, seingat saya, saya tidak pernah berjumpa adik Bella. Sehubungan ini, saya berharap netizen dan juga pihak media, dalam laporan atau komen mereka, tidak mengaitkan Rumah Bonda sebagai institusi yang terlibat dalam kes ini.
Kedua, mungkin kekeliruan ini timbul kerana penjaga kepada adik Bella merupakan pengasas Rumah Bonda. Dalam perkara ini, beliau telah pun mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan dan beliau sedang memberi kerjasama kepada mereka. Saya sendiri mengetahui mengenai adik Bella buat kali pertama pada hujung bulan Jun 2021 apabila dihubungi seorang wanita (iaitu kawan kepada penjaga Bella) yang mengesyaki bahawa adik Bella telah didera. Saya meminta wanita tersebut membawa adik Bella ke hospital. Beliau telah memberi saya salinan laporan polis tersebut dan saya telah memanjangkannya kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Sepertimana ramai rakyat Malaysia, saya juga amat terkesan melihat gambar-gambar penderaan adik Bella dan mendoakan kesembuhan segera beliau. Sebagai seorang pelindung kanak-kanak dan juga penasihat mahkamah kanak-kanak, saya memandang serius perkara ini dan berharap #JusticeForBella dapat dicapai.
Pada kesempatan ini, saya ingin memohon kesabaran orang ramai (dan ianya juga peringatan kepada diri saya sendiri) memandangkan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa, termasuk pihak polis dan JKM, lebih- lebih lagi dalam suasana yang mencabar disebabkan penularan COVID-19.
Saya juga merayu agar penghuni Rumah Bonda terus diberikan sokongan yang diperlukan dalam menghadapi musibah ini. Sejak diasaskan, saya bersyukur kerana ramai penghuni telah mendapat dibantuan dari Rumah Bonda. Keselamatan, kesihatan fizikal dan mental, serta kebajikan penjaga dan penghuni Rumah Bonda sememangnya keutamaan kami. We are not perfect and there are many challenges, but we try to do our best always. Saya sentiasa mendoakan mereka semua dijauhi daripada sebarang musibah, tomahan dan cabaran.
Saya juga telah membuat suatu laporan polis hari ini bagi tujuan menjelaskan kedudukan serta pendirian saya dan Rumah Bonda yang sama sekali tidak terlibat di dalam kes adik Bella.
Akhir kata, saya ingin memohon kemaafan atas sebarang kekhilafan dan kekurangan bagi diri saya. Saya berterima kasih kasih kepada semua yang memahami dan terus memberi sokongan kepada saya, penjaga dan penghuni di Rumah Bonda, moga Allah SWT melindungi semua. Stay safe. Terima kasih.

Syed Azmi Alhabshi
Penasihat Rumah Bonda
8 Julai 2021
 
Sponsored Post

Top
Log in Register