TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 402,058
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 402,058
- Reaction score
- 27,660
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
30 Januari 2023 07:22amAnggota bomba bertindak membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri dengan menggunakan pengusung.
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini, pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Zulkarnain Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.31 malam.
Katanya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.
"Kita dapati seorang kanak-kanak lelaki didapati tersangkut di bahagian bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.
"Anggota bomba bertindak membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri dengan menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, operasi ditamatkan pada jam 8.05 malam.
Sementara itu, seorang penduduk dikenali sebagai Nina berkata, kanak-kanak itu merupakan penduduk di flat berkenaan.
"Saya bersyukur kerana kanak-kanak berkenaan kasih bernyawa dan kami mendoakan dia diberi kesembuhan," katanya dalam menerusi media sosial.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini, pada Ahad.Komander...

JOHOR BAHRU: Jenazah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di sini, petang semalam selamat dikebumi pada jam 6.20 petang hari ini.
Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan terbabit semasa jenazah dikebumikan selain hujan renyai.
Sebelum itu, solat jenazah disempurnakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dikafankan.
Bagaimanapun keluarga mangsa enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku sehingga meragut nyawa arwah.
Seorang kenalan rapat keluarga yang hanya mahu dikenali sebagai Samsudin berkata, keluarga mangsa berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian.
"Keluarga masih sedih dan diharap mereka diberi ruang.
"Ajal dan maut di tangan tuhan, kami berharap semoga rohnya dicucuri rahmat.
"Hanya Allah saja mengetahui situasi ditempuhi keluarga dan diharap semua pihak memahami," katanya.
Terdahulu media melaporkan seorang budak lelaki patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam semalam.
Bagaimanapun mangsa meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi ketika dirawat di HSA.
Innallillahi wainna ilaihi rajiun
JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini semalam meninggal dunia tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kanak-kanak berkenaan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak 12 tahun patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 kediaman berkenaan.