balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Kejadian serangan ke atas kanak-kanak lelaki di Henan, China cetus ketakutan terhadap perubahan tingkah laku haiwan.
< 1 / 1 >
HENAN - CHINA . Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, kehilangan seluruh lengan kanannya selepas di serang seekor beruang ketika cuba memberi makanan kepada haiwan tersebut.
Kejadian tersebut berlaku di Pingdingshan Hebin Park, apabila kanak-kanak tersebut bertindak memasukkan tangan kanannya ke dalam sangkar haiwan itu, sebelum haiwan tersebut bertindak ganas dengan menangkap lengan mangsa.
Menurut pasukan perubatan Pingdingshan Number 152 yang mengendalikan kes tersebut memberitahu, kecederaan parah yang dialami kanak-kanak terbabit menyebabkan keseluruhan lengan kanannya terpaksa dipotong.
Sementara itu, Pengarah Organisasi Alam Sekitar New Jersey, Sierra Club berkata, beruang biasanya patuh dan takut kepada manusia.
Bagaimanapun, beruang yang terbiasa melihat manusia dan diberi makanan oleh manusia cenderung melihat manusia sebagai sumber makanan, seterusnya akan bertindak agresif.
Malah, menurut kenyataan pakar-pakar haiwan berkenaan perubahan corak tingkah laku beruang liar yang tidak berhibernasi pada musim sejuk, turut meningkatkan konflik antara manusia dan haiwan.
Bagaimanapun, menurut kenyataan ketua warden Institut Hidupan liar India, DVS Khati, perubahan tingkah laku beruang mungkin disebabkan pemanasan global.
Namun, sisa makanan yang ditinggalkan manusia turut menarik perhatian haiwan tersebut, menyebabkan haiwan tersebut akan memasuki tempat penempatan manusia untuk mencari makanan.