BTC USD 26,268.4 Gold USD 1,942.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
9,004
Joined
Dec 6, 2010
Messages
9,004
Reaction score
588
Points
121
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
FB_IMG_1680401910322.jpg


PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, manakala empat lagi ahli keluarga cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di kilometer 49, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian lori yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun bersama kelindan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.

"Setiba di lokasi kejadian kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu dipercayai telah memasuki laluan lori terbabit.

"Pelanggaran itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan maut, manakala yang lain cedera parah," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 010-4505507

#sinarharian
 
Top
Log in Register