BTC USD 26,828.8 Gold USD 1,960.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak lelaki tersepit di lubang pintu lif

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Kanak-kanak lelaki tersepit di lubang pintu lif

Shawaliah Hadir26 March 2023



KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun tersepit di antara lubang pintu lif dan bangunan selama 20 minit di Blok C Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Hicom, Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26, Shah Alam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, dalam lejadian jam 7.20 petang, lif dari tingkat enam tersangkut di tingkat empat turut melibatkan empat lagi mangsa termasuk bapa kanak-kanak berkenaan dan tiga perempuan dewasa.

“Kejadian melibatkan lif yang dinaiki lima mangsa dalam perjalanan dari tingkat enam telah tersangkut di tingkat empat,” kata kenyataan berkenaan.

Mangsa kemudian berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dalam tempoh lima minit.

Katanya, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital KPJ Shah Alam,” jelasnya sambil menambah empat lagi mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan. .- MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

Lobey

Active+ Member
Messages
4,584
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,584
Reaction score
191
Points
43
1679963450976.png


adui.......
 
Sponsored Post

Top
Log in Register