BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Lelaki Ditemukan Lemas, Adik Masih Hilang

combat13

Active+ Member
Messages
4,058
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,058
Reaction score
146
Points
33
2e8ba62d215ee42a953212f255b25b9e63e47b4c9ec4c


Seorang daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira 3.50 petang semalam ditemukan lemas.

Kanak-kanak lelaki, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, ditemukan oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 4.40 petang hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Adik perempuan mangsa, Susie Kiu, 7, masih belum ditemukan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.50 petang semalam, mangsa dikatakan mandi di sungai tersebut bersama adiknya tidak jauh dari Jambatan Kuning Mukah.

Ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula pada pagi esok.

 
Back
Top
Log in Register