BTC USD 61,136.7 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-Kanak Hilang Dari Kereta Ditemui Lemas

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,621
Reaction score
15,500
Points
2,376

Kanak-kanak hilang dari kereta ditemui lemas

Oleh Roselan Ab Malek- September 16, 2021 @ 5:40pm
[email protected]

lemas_1631785194.jpg


Kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang dilaporkan hilang dari kereta bapanya semalam ditemui lemas, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA


MARAN: Seorang kanak kanak berusia setahun lapan bulan yang dilaporkan keluar dari kereta bapanya di tepi sungai semalam, ditemui lemas kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat Muhammad Abdullah Saiful Bahari ditemui pada jam 10.37 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama penduduk kampung.

Ketua Bomba Zon 2, Mohd Sobree Mohd Salleh, berkata, operasi digerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka dibantu tujuh anggota PPDA Bukit Angin dan empat anggota K9 bersama dua anjing pengesan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini, hari ini.

Mangsa dikhuatiri lemas selepas dipercayai keluar dari kereta bapanya yang diparkir berhampiran sungai di FELDA Jengka 4 dekat ini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman, berkata Muhammad Abdullah disedari tiada di tempat duduk kereta pada jam 1 tengah hari, kira-kira 15 minit selepas ditinggalkan sendirian oleh bapanya.

"Bapa mangsa mendakwa meninggalkan mangsa di dalam kereta dengan keadaan pintu terbuka.

"Sebaik menyedari ketiadaan anaknya, bapa mangsa bertanya kepada kakak dan abang Muhammad Abdullah yang masing-masing berusia enam serta lapan tahun.
"Bagaimanapun, dua beradik itu tidak menyedari bila adik mereka keluar dari kereta," katanya.

Norzamri berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian turut membabitkan tujuh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bersama 30 penduduk kampung.


 
Sponsored Post

akukuli

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,849
Reaction score
288
Points
56
Hmm b0doh bin cuai
Lama 15 min tu
Nk tinggal bukak tingkap sikit, bukan bukak pintu terus. Pastikan mata x lari tgok anak
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,531
Reaction score
21,765
Points
1,671
Pg ikut atok buat pondok kt ladang tepi sungai

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,621
Reaction score
15,500
Points
2,376
Hmm b0doh bin cuai
Lama 15 min tu
Nk tinggal bukak tingkap sikit, bukan bukak pintu terus. Pastikan mata x lari tgok anak

Tinggal pun dengan abang & kakaknya
Budak lagi pun
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,523
Reaction score
2,893
Points
206
Hmm b0doh bin cuai
Lama 15 min tu
Nk tinggal bukak tingkap sikit, bukan bukak pintu terus. Pastikan mata x lari tgok anak
Mungkin dah biase tu
Aku tggal nak biase bukak tingkap sikit, engine kete on n soh anak kunci kete dari dalam
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,621
Reaction score
15,500
Points
2,376
Mungkin dah biase tu
Aku tggal nak biase bukak tingkap sikit, engine kete on n soh anak kunci kete dari dalam

Risiko jugak tu tinggal dalam keta
Tapi tu la
Kekangan masing²
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,523
Reaction score
2,893
Points
206
Risiko jugak tu tinggal dalam keta
Tapi tu la
Kekangan masing²
Risiko gak
Tu bukak tingkap
Tapi anak2 dah besar
Masa kecik2 bawah 5 tahun, xpenah aku tinggal diorg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,621
Reaction score
15,500
Points
2,376
Risiko gak
Tu bukak tingkap
Tapi anak2 dah besar
Masa kecik2 bawah 5 tahun, xpenah aku tinggal diorg

Bawah 5-6 tahun bimbang jugak
Tahu nak bersuka ria je
Jangan dibukak sendiri kunci tu dah la
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,621
Reaction score
15,500
Points
2,376

'Luruh jantung saya bila anak tiada dalam kereta'

September 16, 2021 @ 7:44pm

16921bomba1_1631792650.jpg


Budak 20 bulan, Muhammad Abdullah Saiful Bahari yang hilang tengah hari semalam dijumpai jam 10.37 pagi hari ini. - Foto bomba


MARAN: "Luruh jantung saya apabila menyedari adik tiada dalam kereta," kata bapa kepada Muhammad Abdullah, kanak-kanak yang ditemui lemas di Sungai Jempol, Felda Jengka 4, hari ini.

Saiful Bahari Md Isa, 46, berkata dia bergegas mencari anak bongsu berumur setahun lapan bulan itu di kawasan berhampiran keretanya sebelum menuju ke arah sungai itu dan mula berasa tidak sedap hati apabila melihat bekas tapak kaki kanak-kanak di situ.
"Saya segera menghubungi rakan untuk meminta tolong mencari adik (Muhammad Abdullah). Saya sendiri beberapa kali menyelam dengan harapan masih sempat menyelamatkan adik. Tidak lama kemudian, ramai yang datang membantu namun kelibat adik masih tidak dijumpai.

"Saya mengambil masa untuk memaklumkan isteri di rumah kerana dia mengandung tujuh bulan... akhirnya saya hanya mampu mengatakan adik hilang," katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Jengka hari ini.

Terdahulu, Muhammad Abdullah yang dilapor hilang selepas keluar dari kereta bapanya yang diparkir berhampiran Sungai Jempol, semalam ditemukan lemas, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan tersangkut di ranting kayu di dalam sungai itu pada 10.30 pagi oleh penduduk kampung, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Operasi mencari dan menyelamat Muhammad Abdullah bersambung pagi ini selepas dihentikan pada 8 malam semalam ekoran keadaan cuaca yang semakin gelap.

Mengulas lanjut, Saiful Bahari berkata dia selalu membawa Muhammad Abdullah bersama kakak dan abangnya yang berusia enam dan lapan tahun ke ladang kelapa sawit berhampiran sungai berkenaan kerana mahu meringankan tugas isterinya, Noor Azilahwati Saad, 42, di rumah memandangkan tiga kanak-kanak berkenaan agak lasak.

Saiful Bahari berkata, dia juga sedang membina pondok rehat di ladang itu dan kebiasaannya akan meletakkan anak bongsunya di dalam kereta yang diparkir di tepi pondok itu sama ada kanak-kanak itu tidur atau memerhatikan kakaknya bermain permainan video menerusi telefon pintar bagi memudahkannya memerhati gelagat mereka.

Katanya, dia bersama anak-anaknya itu tiba di ladang itu sekitar tengah hari dan dia baharu meninggalkan Muhammad Abdullah kira-kira 15 minit sebelum menyedari kehilangan kanak-kanak itu pada jam 1 tengah hari.

"Terngiang-ngiang keletah adik yang sudah boleh memanggil babah dan mama," katanya yang pulang ke Felda Jengka 4 bersama keluarganya akhir tahun lepas selepas pendapatannya sebagai pemandu teksi di Kuala Lumpur terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Saiful Bahari berkata, jenazah anak bongsu daripada enam beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jengka 4 selepas selesai bedah siasat. – BERNAMA


 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,569
Reaction score
2,509
Points
201
Salam takziah dn Al fatihah....silap2 bapak dia kena cas sebab cuai nie
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register