rijal2009
Marked as Scammer, (until issue resolved)
- Joined
- Jul 8, 2009
- Messages
- 9,169
- Reaction score
- 286
- Points
- 81
KUANTAN: Seorang kanak-kanak tiga tahun dan sepasang suami isteri cedera ditetak dengan sebilah pedang samurai oleh seorang lelaki di rumah pangsa Alor Akar, dekat sini pagi tadi.
Anas Safian Effa Rizal cedera parah di kepala, kaki dan tangan, manakala pengasuhnya, Suzziana Mohd Hopiah, 24, cedera di kepala dan bahu akibat ditetak dan suami Suzziana, Mohd Taufik Abdul Razak, 36, cedera di lengan kiri dan belakang dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkata, polis mengenal pasti suspek berusia 30an itu dan sedang mengesannya.
"Kanak-kanak itu dilaporkan stabil, ibu jari tangan kirinya hampir putus dan kaki kirinya patah, manakala Mohd Taufik dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Jasmani berkata, siasatan awal mendapati kes itu berkaitan dengan perempuan.
Suzziana ketika ditemui di rumahnya berkata bahawa pada 9.30 pagi tadi, dia bersama Anas Safian sedang tidur di dalam bilik apabila terdengar bunyi kecoh di bahagian tetamu rumah dan apabila menyiasat, melihat suaminya diserang dan ditetak oleh lelaki itu.
"Suami saya kemudian menguncikan dirinya di bilik sebelah tetapi lelaki itu menedang pintu bilik saya dan kemudian menetak dengan pedang. Saya hanya mampu memeluk Anas Safian," katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian melarikan diri.
Suzziana berkata bahawa pada Rabu lalu, lelaki itu datang dan menggeledah rumahnya.
"Dia mendakwa adik lelaki saya menyembunyikan isterinya di sini," katanya.
-Bernama