Kanak-kanak 5 tahun pecah usus disepak nenek saudara

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,814
Reaction score
12,046
Points
1,906
#selayang Bapa turut didakwa mengabaikan secara menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa berusia 5 tahun
https://www.hmetro.com.my/.../nenek-didakwa-bunuh-cucu...

Nenek didakwa bunuh cucu saudara OKU [METROTV]


Selayang: Wanita warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan membunuh cucu saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia lima tahun di Gombak, dekat sini, akhir Disember lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Ipzuma Ambo, 55, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dituduh dengan niat membunuh Qaseh Nur Qalesya Roza Iskandar.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat bernombor 28, lot 2195, Lorong Malion dua, Kampung Sungai Chin Chin, Gombak, dekat sini antara 12.01 pagi 28 Disember hingga 8.10 malam 30 Disember.

Ipzuma dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Sementara itu, bapa mangsa, Roza Iskandar Mardi turut didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan secara menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan Qaseh Nur Qalesya.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Maziah Joary Mohd Tajudin.

Berdasarkan pertuduhan, Roza Iskandar, 34, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman sama di antara 1 Januari hingga 30 Disember 2020.

Roza Iskandar dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boeh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Prosiding kes bagi kedua-dua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie dan Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 kepada Roza Iskandar dengan syarat tertuduh harus melapor diri di balai polis setiap bulan.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua kes itu pada 18 Februari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa berusia lima tahun disepak dan ditendang sehingga usus pecah oleh suspek sejak tinggal bersama pada 2017.
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin pada 7 malam, 30 Disember lalu sebelum menghubungi ambulans.



Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 12:19 PM


1611203904994.png


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,814
Reaction score
12,046
Points
1,906
a.
Berdasarkan pertuduhan, Ipzuma Ambo, 55, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dituduh dengan niat membunuh Qaseh Nur Qalesya Roza Iskandar.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat bernombor 28, lot 2195, Lorong Malion dua, Kampung Sungai Chin Chin, Gombak, dekat sini antara 12.01 pagi 28 Disember hingga 8.10 malam 30 Disember.

Ipzuma dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.


b.
Berdasarkan pertuduhan, Roza Iskandar, 34, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman sama di antara 1 Januari hingga 30 Disember 2020.

Roza Iskandar dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boeh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.


c.Mahkamah turut menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua kes itu pada 18 Februari ini.
 

kidomaru

Fun Poster
Joined
May 1, 2011
Messages
149
Reaction score
5
Points
15
Geng atuk/nenek ni bila dia benci menantu, cucu pun pun dia benci. Tapi kalau yang menantu mana dia sayang, cucu yg tu pun dia sayang.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,832
Reaction score
585
Points
121
Nenek ni bloeh lah ajar banduan lain mengaji AlQuran kat penjara lepas ni.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,094
Reaction score
1,865
Points
206
a.
Berdasarkan pertuduhan, Ipzuma Ambo, 55, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dituduh dengan niat membunuh Qaseh Nur Qalesya Roza Iskandar.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat bernombor 28, lot 2195, Lorong Malion dua, Kampung Sungai Chin Chin, Gombak, dekat sini antara 12.01 pagi 28 Disember hingga 8.10 malam 30 Disember.

Ipzuma dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.


b.
Berdasarkan pertuduhan, Roza Iskandar, 34, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman sama di antara 1 Januari hingga 30 Disember 2020.

Roza Iskandar dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boeh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.


c.Mahkamah turut menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua kes itu pada 18 Februari ini.
Nenek ni ganas btol. Banyak nengok ufc n wwe gamaknyo. Masuk penjara nanti siaplah ekau nek, ekau plk dibeduk mcm wwe n ufc
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,781
Reaction score
2,224
Points
201
Indon kelate ke ni? Ipzuma Ambo.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register