BTC USD 56,490.5 Gold USD 1,764.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,074
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,074
Reaction score
435
Points
91
Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas
FB_IMG_1634987983362.jpg
FB_IMG_1634987981343.jpg
FB_IMG_1634987979401.jpg

Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan dalam kejadian di Kampung Jawa Lanut, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kanak-kanak berusia 3 tahun terbabit dikatakan tergelincir jatuh ke Sungai Tawau dan sehingga kini gagal ditemui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kanak-kanak berkenaan masih belum dapat ditemui dan operasi mencari dan menyelamat terus giat dijalankan.

“Setakat jam 5 petang hari ini, operasi masih gagal mengesan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Alif Amuddin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, usaha mencari masih dijalankan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -Deasoka
 
Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,128
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,128
Reaction score
641
Points
81
Aduhh..kalau bdk 3thn hilang mmg payah la..
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
SAR - KANAK-KANAK 3-TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DITERUSKAN

TAWAU; 24 OKTOBER 2021 (Ahad) – Usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas di Kampung Jawa Lanut, Tawau, disambung seawal pagi hari ini.

Mangsa dikenali Mohd Alif Amuddin, 3 tahun, dikhuatiri lemas petang kelmarin.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh dari jambatan sungai Tawau Kampung Jawa Lanut dan dikhuatiri lemas kira-kira pukul 2.45-petang.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) menyusuri sungai pada jarak 2-kilometer radius pencarian bersama-sama pihak Polis dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dan ditangguhkan pada pukul 6.05-petang semalam.

AL- Fatihah..

Info : BES TAWAUfm

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Mayat dijumpai tersangkut di pokok buluh

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh di Sungai Tawau, di sini, pada awal pagi Ahad.

Mayat Mohd Alif Amuddin ditemui pada jam 8.19 pagi iaitu kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh di jambatan Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas disambung pada hari kedua bermula jam 6.52 pagi Ahad.

“SAR dilaksanakan melibatkan 10 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

“Mangsa kemudian ditemui oleh pasukan bomba dan penduduk kampung dalam keadaan tersangkut pada pokok buluh iaitu pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
 
Allahu.. dah bole jangka.. innalillah
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
LEMAS | Mayat Kanak-kanak Tersangkut Pada Pokok Buluh

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui tersangkut pada pokok buluh di Sungai Tawau awal pagi tadi.

Mayat Mohd Alif Amuddin ditemui jam 8.19 pagi, kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa terjatuh di jambatan Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut, semalam.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Niyang

CG Top Poster Club
Messages
42,538
Joined
May 13, 2009
Messages
42,538
Reaction score
1,501
Points
201
bkn sg tawau ni pun byk boye ke? innalillah...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register