Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,101
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,101
- Reaction score
- 6,772
- Points
- 916
- Awards
- 1
07.08.2024 - Kanak-kanak berusia 12 tahun yang tular memandu kereta di taman perumahan di Puchong, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS) dan masih di bawah umur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, dalam prosiding berlangsung secara tertutup. Kanak-kanak itu dituduh mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39(5) akta sama, kerana memandu Perodua Viva pada 29 Julai lalu, yang mana ketika itu umurnya adalah 12 tahun tiga bulan. Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Terdahulu, di mahkamah sama, bapanya yang juga warga Pakistan dan pemegang kad Pemaustatin Tetap (MyPR) berusia 53 tahun selaku OKS turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membenarkan anak lelakinya memandu kereta sama. Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik kereta jenis Perodua Viva dengan didapati membenarkan anaknya berusia 12 tahun memandu kereta itu di atas jalan. Kesalahan itu dilakukan di tempat dan waktu sama mengikut Seksyen 39(5) A Pengangkutan Jalan 1987 yang turut memperuntukkan hukuman yang sama. Selain itu, dia juga dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana mengabaikan dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkan anaknya kepada kecederaan fizikal, dengan cara gagal mengawasi kanak-kanak itu sehingga memandu kenderaan. Kesalahan itu dilakukan di sebuah taman perumahan di Taman Putra Impiana, Puchong, dekat sini pada 7.30 petang, 28 Julai lalu. Mahkamah membenarkan kanak-kanak itu diikat jamin RM500, manakala bapanya diikat jamin RM2,000 dengan masing-masing seorang penjamin, manakala sebutan semula kes ditetapkan 4 September.