'Kami teraniaya'

CG Sponsors




qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
KUALA LUMPUR: Niat mereka cuma mahu berkhidmat kepada masyarakat menerusi perkhidmatan bantuan kecemasan, namun tidak menyangka apabila ia bersifat sementara.
Lebih menyedihkan apabila menerima panggilan daripada pengurusan meminta mereka menghadiri mesyuarat tergempar ketika memberi bantuan kecemasan kepada pesakit di hospital hanya untuk mendengar berita mereka diberhentikan serta-merta.

Wakil pekerja, Azli Abd Latif, 28, berkata seramai 91 pekerja terpaksa akur arahan pihak atasan untuk meninggalkan kerjaya itu memandangkan syarikat mendakwa operasi tidak mendatangkan keuntungan.

“Syarikat ini ditubuhkan pada awal tahun lalu dan mula menjalankan perkhidmatan pada April lalu.


Sebelum itu, saya pernah bertanya pengurus besar mengenai masa depan kami dan kebajikan pekerja.

“Dia mendakwa tidak perlu risau mengenai perkara terbabit kerana syarikat mempunyai peruntukan mencukupi untuk membayar gaji pekerja,” katanya ketika ditemui bersama pekerja lain yang ditamatkan perkhidmatan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, yakin terhadap jaminan itu, mereka meneruskan tugas dan menjalankan perkhidmatan dengan baik selain menjalin kerjasama dengan klinik di sekitar Lembah Klang.

“Namun, kami tidak menyangka apabila menerima arahan supaya berhenti kerja pada 1 Disember lalu dengan alasan perkhidmatan itu tidak memberikan keuntungan.

“Kami sungguh kecewa dilayan sebegini kerana semua kakitangan memberikan komitmen penuh,” katanya.


Azli berkata, lebih mendukacitakan semua kakitangan sepatutnya diberi jaminan kerja kerana mereka menjalani latihan tiga bulan sebelum layak menjalankan tugas sebagai paramedik.

“Seramai 75 kakitangan adalah paramedik dan selebihnya bertugas di bahagian pemasaran dan pusat panggilan.

Kami diberi jaminan kerja selama 18 bulan, namun tidak sampai setahun kami sudah diberhentikan,” katanya.

Menurutnya, syarikat terbabit satu daripada lima anak syarikat yang dikendalikan sebuah syarikat farmaseutikal dan dia pernah mengajukan cadangan supaya pekerja yang diberhentikan diserap ke mana-mana anak syarikat lain.

“Bagaimanapun, pengurusan tertinggi tidak bersetuju dan hanya memberi pampasan tidak setimpal kepada kami.

Ini membuatkan kami rasa tercabar dan membawa ke pengetahuan Bahagian Perhubungan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Katanya, hasil perbincangan menerima maklum balas negatif apabila syarikat enggan membayar pampasan dua bulan gaji berjumlah RM4,400 seorang dan tidak mahu menyerap kemasukan pekerja ke anak syarikat lain.

“Mereka hanya meminta kami membuat permohonan baru dan secara dasar agak mustahil untuk kami mendapat tempat di sana.

Maka, kami akan membawa perkara ini ke pengetahuan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, walaupun kecewa kerana syarikat tidak lagi beroperasi, dia dan beberapa rakan mencuba alternatif lain untuk menyewa ambulans sedia ada bagi memberi pekerjaan kepada paramedik terutama yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

“Syarikat mempunyai 20 ambulans dan kami pernah menyuarakan untuk menyewa kenderaan itu dan menjalankan operasi sendiri, namun mereka mendakwa mahu menjual ambulans berkenaan,” katanya.

Azli berkata, mereka berharap apa yang berlaku akan memberi pengajaran kepada syarikat supaya lebih berhati-hati dalam menguruskan sesuatu perniagaan dan operasi sebelum menjanjikan harapan kepada orang lain.

Sementara itu, sumber dalaman syarikat berkenaan memberitahu, keputusan memberhentikan paramedik itu diambil selepas meneliti keadaan kewangan syarikat dan tidak mempunyai pilihan selain menamatkan perkhidmatan kakitangan.

Selain itu, pihak pengurusan sudah mengikut prosedur pemberhentian yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia dan bukan dilakukan serta-merta seperti didakwa.

Malah, notis penamatan perkhidmatan sudah diterbitkan dalam tiga akhbar utama pada 22 Disember 2009, 14 Disember 2009 dan 17 Disember 2009.
 
Sponsored Post

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
company ape tu?
 

lambda123

Super Active Member
Joined
Aug 10, 2008
Messages
7,338
Reaction score
448
Points
81
kesian aku dengar. keje sekrang bukan nyer senang nak cari. kena berhenti lak mcm tu lak.
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Bisnes lembab dan wang tak masuk kerana kena catu.
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
tapi bukan ke dalam berita perdana kata banyak syarikat mendapat untung besau..atau berita2 tuh lebong nya sahaja yang besar? :-?
 

shim72

Fun Poster
Joined
Feb 17, 2010
Messages
176
Reaction score
0
Points
10
hiii ambulan pun dh wat bisnes... mcm tu pesakit kena naik kete sndri
 
Sponsored Post
Top
Log in Register