BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kami sudah tidak tahan'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keretakan yang berlaku pada tembok pagar rumah penduduk.
< 1 / 1 >
BUKIT BERUANG - Penduduk di Taman Dahlia, dekat sini mendakwa rumah yang mereka diami sejak 18 tahun lalu mengalami keretakan dan pemendapan tanah yang serius ekoran pembinaan sebuah projek kondominium berhampiran perumahan berkenaan.

Projek itu juga didakwa memberi kesan kepada beberapa kawasan lain berhampiran, antaranya Apartmen University Green dan Taman Bukit Beruang Permai.

Penduduk, Chun Li Siong, 40, yang sudah 14 tahun menghuni di perumahan terbabit kesal dengan cara kerajaan negeri menyelesaikan masalah itu yang sehingga kini masihjalan penyelesaian.

Kata Li Siong, pelbagai pihak sudah tampil melawat kawasan berkenaan, termasuk Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan beberapa Exco kerajaan negeri namun aduan mereka seolah-olah dipandang sepi.

“Rumah kami banyak yang retak dan pagar hampir roboh. Malah, kami sudah tidak tahan dengan bunyi bising setiap hari berikutan kerja-kerja penanaman cerucuk. Air dalam gelas turut berkocak setiap kali cerucuk dihentak ke bumi.

“Bila rujuk, Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (Datuk Ismail Othman), beliau hanya menjelaskan masalah itu masih di peringkat kajian untuk diambil tindakan. Sampai bila kami mahu tunggu keputusan kajian," dakwanya.

Sehubungan itu, Li Siong mempelawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron supaya duduk di rumah mereka untuk merasai penderitaan yang mereka hadapi.

“Saya jemput ketua menteri supaya datang melawat dan rasai sendiri gegaran di dalam rumah kami, duduklah walau seketika,” katanya kepada media di rumahnya di Jalan D5, Taman Dahlia, di sini, semalam.

Bagi penduduk, Emely Tan, 45, dia bimbang sekiranya berlaku tanah runtuh di cerun tapak projek kondominium bersebelahan rumah mereka.

"Projek ini seakan-akan memberi malapetaka kepada penduduk apabila dua kejadian banjir lumpur berlaku pada Mei lalu.

"Malah setiap kali hujan lebat, saya bimbang keselamatan kami sekeluarga akan terjejas memandangkan rumah kami paling hampir dengan cerun bukit setinggi kira-kira 10 meter," katanya.

Sementara itu, Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, beliau difahamkan pembinaan projek kondominium yang dinamakan The Height Residence Bukit Beruang, membabitkan enam blok bangunan setinggi 26 tingkat.

Menurutnya, penduduk mula berasa amat kurang selesa dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini sejak projek itu dijalankan selepas Tahun Baru Cina lalu.

“Ketika Sidang Dewan Undangan Negeri lalu, saya ada membangkitkan hal ini dan mahu kerajaan menghentikan projek, tetapi ketua menteri kata mahu melawat dahulu sebelum membuat keputusan.

“Sebaliknya pada 15 Julai lalu, ketua menteri yang pada awalnya berjanji mahu datang melawat telah menghantar dua Exco iaitu Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (Datuk Ismail Othman) dan Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek (Datuk Ghafar Atan).

“Seminggu selepas itu, penduduk ada merujuk kepada Datuk Ismail, namun tiada keputusan dibuat, serta usaha untuk mendapatkan reaksi daripada ketua menteri juga gagal," katanya.

Poay Tiong berkata, beliau turut hairan mengapa kontraktor masih menggunakan kaedah lama bagi kerja-kerja penanaman cerucuk sedangkan ada kaedah moden seperti 'bored piling' yang kurang mendatangkan kesan.

Tambahnya, penduduk juga berharap pemaju berkenaan dapat membaiki semula segala kerosakan dialami ekoran kerja-kerja terbabit.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kami-sudah-tidak-tahan-1.308019
 
Last edited:
maaf...dah betulkan:D
 
“Bila rujuk, Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (Datuk Ismail Othman), beliau hanya menjelaskan masalah itu masih di peringkat kajian untuk diambil tindakan. Sampai bila kami mahu tunggu keputusan kajian," dakwanya.

itu je la jawapan yg ada.... :D
 
Back
Top
Log in Register