`Kami mencuri kerana lapar’

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KANGAR: “Kami lapar cik...sebab itu kami mencuri barangan ini (telefon bimbit),” kata dua sepupu perempuan berusia 11 dan 13 tahun ketika ditahan kerana disyaki mencuri telefon bimbit di sebuah salon kecantikan di Jalan Seruling di sini, semalam.

Alasan kedua-dua peragut cilik itu menimbulkan perasaan simpati kepada mangsa, Nuri Wardati Mohd Yunus, 32, yang mengalir air mata mendengar rintihan mereka ketika soal siasat ke atas mereka di Balai Polis Kangar di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, yang ‘turun padang’ untuk menyiasat kes itu turut bersimpati dan mengarahkan kedua-dua kanak-kanak terbabit segera diberikan makanan.

Bagaimanapun, katanya, kes terbabit tetap disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan pihaknya akan mengambil keterangan keluarga dua kanak-kanak itu yang mempunyai pertalian keluarga iaitu sepupu.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerah kes itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut kerana mereka masih di bawah umur dan belajar di sebuah sekolah rendah dan menengah di sini.

“Kami akan mendapat pandangan dan nasihat daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes membabitkan kanak-kanak perempuan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yusof berkata, remaja berusia 13 tahun itu menetap bersama datuknya di Kampung Pondok di sini, selepas bapanya dimasukkan ke Hospital Bahagia, Perak kerana mengalami masalah mental manakala ibunya pula ditahan kerana kes dadah.

Beliau berkata, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu pula tinggal bersama keluarga berhampiran rumah sepupunya dan dipercayai mengikut arahan sepupunya ketika melakukan kegiatan mencuri itu.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, kedua-dua kanak-kanak itu ditahan mangsa ketika berurusan menjual telefon bimbit yang dicuri di sebuah kedai telefon bimbit kira-kira 50 meter dari salun kecantikan berkenaan.

Nuri Wardati, pekerja di salon kecantikan itu berkata, seorang daripada dua kanak-kanak berusia 13 tahun memasuki premis dan berpura-pura memilih baju pengantin kononnya untuk dipakai sempena majlis persandingannya tidak lama lagi.

“Saya pun terkejut melihat suspek yang masih kecil memilih baju pengantin untuk perkahwinannya dan ketika asyik melayan kerenah suspek, seorang lagi kanak-kanak mencuri telefon bimbit saya yang diletak di atas kaunter.

“Saya menyedari telefon bimbit hilang apabila mendapati kanak-kanak berusia 11 tahun terbabit sudah keluar manakala sepupunya yang masih berada di dalam kedai, cuba bergegas keluar,” katanya.

Katanya, beliau bertindak cepat keluar dari premis terbabit dan melihat kelibat dua kanak-kanak perempuan itu sedang berurusan menjual telefon bimbit miliknya di sebuah kedai komunikasi berhampiran.

“Dua kanak-kanak ini bertindak pantas menjual telefon bimbit di kedai berhampiran dan sedang menunggu wang hasil jualan.

“Pada mulanya, mereka tidak mengaku mengambil barangan saya, tetapi mengubah pengakuan selepas melihat pemilik kedai komunikasi menyerahkan semula telefon bimbit yang dibeli daripada mereka,” katanya.

Nuri Wardati berkata, kedua-dua suspek itu diserahkan kepada anggota polis yang melakukan rondaan di situ sebelum dibawa ke balai untuk disoal siasat.

“Saya terharu selepas melihat kedua kanak-kanak terbabit amat berselera menjamah makanan yang disediakan pihak balai, tambahan pula mereka mendakwa lapar,” katanya sambil menitiskan air mata.

Beliau menyerah kes itu kepada polis untuk menyiasat dan bersetuju jika kedua-dua suspek diserahkan kepada JKM untuk pembelaan sewajarnya berdasarkan latar belakang keluarga mereka.

Anak-anak aku lak makan tak renti renti...:(:)(:)((
 
Sponsored Post

sweezer

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Mar 3, 2007
Messages
4,860
Reaction score
350
Points
41
sedih gak kalau jadik mcm nie:(
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
umm...semoga Allah membantu mereka yang memerlukan...
 

kancil2020

Active Member
Joined
Oct 20, 2008
Messages
2,472
Reaction score
1
Points
25
kesian sungguh melihat ada lagi kanak kanak di malaysia masih kelaparan..
:(:)(:)((
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
kasik makan jela xpa..jgn perabih mende lain yg tak berguna udah..
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Ajak turun Mattop nanti...
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
sian kat budak ni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register