"kami memerlukan 6 pesawat baru... yg ada enjin ye,,"

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memerlukan enam pesawat baru untuk memantapkan latihan anggotanya, kata Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Beliau berkata, pihaknya telah memohon kepada Kementerian Pertahanan untuk membeli pesawat jenis MK-II bagi menggantikan pesawat lama jenis PC-7 yang digunakan sejak 1984.
Click Here
"Setakat ini, terdapat sepuluh pesawat MK-II yang dibeli tahun lepas dan TUDM memohon untuk menambah enam lagi pesawat berkenaan," katanya selepas majlis perbarisan tamat latihan Perajurit Muda TUDM Siri 42/2010 di Institut Latihan TUDM hari ini.
Seramai 328 perajurit lelaki dan 62 perajurit wanita berjaya menamatkan latihan asas perajurit muda TUDM.

Rodzali berkata, jika permohonan itu mengambil masa lama untuk diluluskan, atau kementerian tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi, pesawat PC-7 akan dinaik taraf untuk kegunaan latihan anggota TUDM.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Institut Latihan TUDM di Kinrara dan Subang, Selangor serta Kuantan, Pahang akan dipindahkan ke sebuah pusat latihan baru yang akan dibangunkan di Lembah Klang tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak membabitkan institut TUDM sedia ada di Ipoh dan Alor Setar, Kedah.
Pada majlis perbarisan tamat latihan itu, Perajurit Muda Muhammad Fikri Zakaria menerima anugerah Perajurit Terbaik Keseluruhan; Perajurit Muda Mohd Azhar Baharuddin dianugerahi Perajurit Akademik Terbaik; Perajurit Muda Mohamad Amirul Ashraf Anuar (Perajurit Penembak Terbaik) dan Perajurit Muda Wanita Ayuni Alwi (Perajurit Muda Wanita Terbaik keseluruhan). - BERNAMA
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
tajuk thread mcm perli jer..
:)):))
 

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,487
Reaction score
38
Points
80
la ada lagi pesawat lama..dekat 30 tahun tuh
 

ahmadfetri

Active Member
Joined
Jan 4, 2009
Messages
1,208
Reaction score
3
Points
25
nak enjin apa? campro? kalau campro senang sikit cari spare part kalo ilang. tanjung malim ada... kekekeke...:eek:
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
jangan, kapal selam lagi penting meh.. utamakan yang penting :)
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
beli keris dah la..cari yg boleh terbang punya..
 

mentadaklaut

Active Member
Joined
Jul 11, 2010
Messages
2,353
Reaction score
19
Points
25
la ada lagi pesawat lama..dekat 30 tahun tuh
apa2 mnde tuh, kl mentenen cun, smpi hncur pun bleh pakai...yg jd masalah kl xdak spare part...

p/s : moto aku ujung tahun masuk 16 tahun, thn depan spm, masih gah di jln raya...xdak mslh nak ride jauh2 dr selatan ke utara :D
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
mana la tau, kot2 enjin tu aksesori jer:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register